Category Archives: Kebajikan

Menziarahi Mendiang Low Sok Nga

Ampang, 18 Januari 2012 – Saari dan Aliza telah hadir menziarahi jenazah mendiang Low Sok Nga, 87 tahun yang meninggal dunia di rumah beliau Jalan 6, Taman Sri Ukay.

Saari dan Aliza memberi penghormatan terakhir kepada Mendiang Low Sok Nga
Aliza memberi kata-kata semangat kepada anak perempuan mendiang untuk terus tabah dan cekal atas pemergian ibunda mereka

Melawat Kawasan Kebakaran Batu 7 1/2 Hulu Kelang

Hulu Kelang, 17 Janauri 2012 – Saari bersama Penghulu Mukim Hulu Kelang, En Zaimi Ghazali telah melawat kawasan kebakaran yang berlaku pada 8 Januari lalu di Batu 7 1/2 Hulu Kelang. (Sila Rujuk)

Saari mendengar luahan salah seorang penduduk yang terpaksa membuat khemah di kawasan kebakaran untuk berteduh kerana tidak mempunyai saudara terdekat untuk menumpang
Kawasan kebakaran yang melibatkan 38 buah keluarga

Mesyuarat Bersama Wakil Mangsa Kebakaran Batu 7 1/2 Hulu Kelang

Hulu Kelang, 11 Januari 2012 – Saari telah mengadakan mesyuarat bersama wakil penduduk mangsa kebakaran Batu 7 1/2 dan Pengerusi JKKK Kg Pasir bagi membincangkan beberapa perkara yang telah diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang.

Saari bersama Pengerusi JKKK Kg Pasir Hj Ibrahim Majid, Ketua mangsa kebakaran, En Lisan Ahmad dan Mohd Nafari Abdullah, wakil penduduk berbincang bersama bagi menyelesaikan beberapa perkara berkaitan kebajikan mangsa kebakaran

Puan Sri Datin Seri Salbiah Bersama Anak Mangsa Kebakaran Batu 7 1/2 Hulu Kelang Membeli Pakaian Persekolahan

Hulu Kelang, 10 Januari 2012 РPusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) telah menganjurkan satu majlis membeli barangan keperluan dan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mangsa kebakaran Batu 7 1/12 Hulu Kelang yang telah diadakan di Pasaraya Besar Giant, Taman Permata.

Puan Sri Datin Seri Salbiah Tunut menyantuni anak-anak mangsa kebakaran setibanya beliau ke tempat majlis
Saari menyampaikan taklimat ringkas berkenaan cara pembelian barangan persekolahan untuk dibayar oleh PEKAWANIS
Seramai 31 anak-anak yang masih bersekolah memerlukan kelengkapan untuk memulakan persekolahan setelah pakaian mereka musnah semasa kebakaran
Puan Sri Salbiah membantu mengukur baju sekolah anak mangsa kebakaran sambil diperhatikan oleh ibunya
Puan Sri Salbiah bersama Aliza, Saari dan anak-anak mangsa kebakaran bergambar bersama pakaian yang dipilih oleh mereka
Salah seorang pelajar sekolah menengah sedang mencuba seluar yang baru dipilih
Para pelajar sedang memilih kasut yang bersesuaian dengan citarasa mereka
Puan Sri bersama Puan Noraini Samsuddin, Setiausaha Kehormat PEKAWANIS menunggu di luar kaunter untuk membuat pembayaran setiap barang persekolahan yang dibeli oleh anak-anak mangsa kebakaran
Pihak Pengurusan Giant turut menyumbang cenderahati kepada kesemua 31 pelajar yang terlibat dalam kebakaran tempoh hari

Menyampaikan Sumbangan Dari Lembaga Zakat Selangor Kepada Mangsa Kebakaran

Hulu Kelang, 9 Januari 2012 – Rentetan daripada surat sokongan yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang kepada Lembaga Zakat Selangor berkenaan kejadian malang 36 buah keluarga yang hilang tempat perlindungan apabila rumah mereka hangus dijilat api, Lembaga Zakat Selangor cawangan Melawati telah meluluskan peruntukan untuk disumbangkan kepada 36 buah keluarga yang telah diadakan di pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna MPAJ AU5.

Saari berkesempatan melihat kerja gotong-royong Pusat Kebajikan Masyarakat dan mangsa kebakaran dalam membuat persediaan memasak untuk makan malam
Wakil mangsa kebakaran menyampaikan maklumat terkini kepada Saari untuk diambil tindakan
Ust Firdaus dari Lembaga Zakat Selangor Cawangan Melawati menyampaikan ucapan takziah kepada semua mangsa kebakaran dan LZS telah menyediakan peruntukan sumbangan hasil dari maklumat yang disampaikan oleh Saari ke LZS

Sebanyak 36 buah keluarga menerima bantuan kewangan dari LZS sebanyak RM500

Saari menyampaikan sumbangan RM500 dari LZS kepada semua 36 buah keluarga yang terlibat

Saari bersalam mesra bersama mangsa kebakaran sebelum meninggalkan majlis
Saari memerhatikan salah seorang pekerja Jabatan Kesihatan Gombak membuat persiapan untuk menyembur nyamuk di sekeliling pusat pemindahan sementara untuk keselesaan dan keselamatan mangsa

Bertemu dan Menyampaikan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran di Pusat Penempatan Sementara

Hulu Kelang, 8 Januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKKK Kg Pasir, Persatuan Bulan Sabit Merah, MPAJ dan beberapa badan telah bekerjasama dalam menguruskan kebajikan mangsa kebakaran setinggan Batu 7 1/2 di pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna MPAJ AU5 Lembah Keramat.

Saari berbincang bersama En Saiful dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Ahli Majlis MPAJ Zon 3 En Razali Ramly, Pengerusi JKKK Kg Pasir Hj Ibrahim dan wakil penduduk untuk menyelaraskan kerja dalam sebuah pasukan bagi memudahkan perjalanan menguruskan mangsa kebakaran

 

Saari menyampaikan ucapan takziah kepada wakil keluarga mangsa dan beliau akan menulis surat sokongan kepada Lembaga Zakat Selangor untuk mendapatkan bantuan untuk diberikan kepada mangsa kebakaran
En Saiful memberi sedikit taklimat ringkas tentang beberapa peraturan dan panduan yang perlu diambil kira bagi memudahkan proses bantuan dan penempatan mangsa kebakaran
Saari memerhatikan wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu mangsa-mangsa kebakaran mengisi borang
Beberapa orang aktivis masyarakat bertungkus lumus menyediakan bantuan kepada setiap mangsa kebakaran supaya mereka berada dalam keadaan yang selesa semasa di pusat penempatan sementara
Saari bersama Hj Ibrahim menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas seperti selimut, tikar, sabun mandi, tuala, kain pelikat, telekung solat, bedak dan baju persalinan kepada semua mangsa kebakaran yang terlibat
Saari dan Aliza mendengar keluhan seorang ibu bersama anaknya yang berusia 4 bulan hilang tempat perlindungan apabila rumahnya musnah dijilat api
Saari sedia membantu mangsa kebakaran dari masa ke semasa bagi mengurangkan bebanan kesusahan mereka