Category Archives: Pembangunan Islam

Menziarahi Sepasang Adik Beradik Yang Kehilangan Isteri Tersayang

Hulu Kelang, 3 Januari 2011 – Saari bersama Aliza dan beberapa orang penduduk Kg Kemensah telah menziarahi sepasang adik beradik yang kehilangan isteri masing-masing di rumah mereka di Kg Kemensah.

Saari mengucapkan takziah kepada pasangan adik beradik yang telah kehilangan isteri mereka dalam masa tempoh 1 bulan, semoga Almarhumah ditempatkan di Syurga Allah SWT
Saari menyampaikan sedikit sumbangan kepada En Zaidi Abd Malik yang kehilangan isteri beliau awal bulan disember 2011
Saari Menyampaikan sumbangan kepada Mazin Abd Malik yang kehilangan isteri beliau di penghujung Disember 2011

Berbuka Puasa Sunat dan Menghadiri Kuliah Maghrib di Surau Darussa’adah

Hulu Kelang, 2 januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Surau Darussa’adah telah menganjurkan majlis berbuka puasa sunat hari Isnin yang telah diadakan di Surau Darussa’adah AU1C, Taman Keramat Permai.

Saari bersama ahli-ahli kariah Surau Darussa'adah berbuka puasa sunat hari Isnin bersama
Solat Maghrib berjamaah setelah selesai berbuka puasa
Pengerusi Surau Darussa'adah, Hj Kamarul Zaman Abdullah menyampaikan sedikit ucapan aluan penghargaan kepada PKM Hulu Kelang kerana sudi menganjurkan majlis berbuka puasa sunat di surau mereka
Majlis diteruskan dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Yusof Johan yang telah membincangkan salah sebuah hadith dari hadith 40 karangan Imam Nawawi
Saari bersama ahli-ahli kariah tekun mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Yusof Johan
'Moreh' turut disediakan kepada semua yang hadir selepas selesai majlis
Saari bersalam mesra bersama tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Menziarahi Jenazah Almarhum Dato’ Md Salleh Majid

Hulu Kelang, 2 Januari 2012 – Saari telah menziarahi jenazah Almarhum Dato’ Md Salleh Majid di rumah ibu Almarhum yang terletak di Lorong Hj Mokhtar Kg Pasir. Almarhum meninggal dunia disebabkan oleh penyakit barah usus dan buah pinggang. Beliau merupakan bekas Presiden BSKL dan merupakan anak jati Hulu Kelang.

Saari bersama saudara mara menatap wajah terakhir Almarhum sebelum disolatkan
Saari mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Almarhum semoga Allah mengampuni dosa-dosa beliau dan menempatkan di Syurga Allah SWT

Menziarahi Jenazah Almarhumah Faridah Mohammad

Hulu Kelang, 31 Disember 2011 – Saari telah berkesempatan menziarahi jenazah Almarhumah Faridah Mohammad yang telah meninggal dunia akibat penyakit yang dihidapinya dan jenazah telah diuruskan di Madrasatul Islamiah, Rumah Pangsa Taman Keramat.

Saari mengucapkan takziah kepada suami Almarhumah Faridah Mohammad, semoga Almarhumah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah di syurga Allah SWT

Berbuka Puasa Sunat di Surau Sri Baiduri

Hulu Kelang, 26 Disember 2011 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Surau Pangsapuri Sri Baiduri telah menganjurkan majlis berbuka puasa sunat hari Isnin yang telah diadakan di Surau Pangsapuri Sri Baiduri, Ukay Perdana.

Saari bersama penduduk Pangsapuri Sri Baiduri berbuka puasa sunat hari Isnin bersama

Aliza bersama muslimat turut hadir berbuka bersama

Saari bersama Jemaah Surau Sri Baiduri Solat Maghrib berjamaah selepas selesai berbuka puasa

Saari bersalam mesra bersama jamaah selepas selesai Solat Maghrib berjamaah

Sdr Izham, Pegawai PKM Hulu Kelang menyampaikan sedikit ucapan memperkenalkan buku terbitan PKM Hulu Kelang bertajuk ‘Hijrah Menuju ke Arah Kejayaan’

Saari menyampaikan buku kecil ‘Hijrah Menuju ke Arah Kejayaan’ kepada wakil surau Sri Baiduri untuk diagihkan kepada penduduk setempat

Wakil pihak surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada PKM Hulu Kelang kerana sudi menerbitkan buku kecil ‘Hijrah Menuju ke Arah Kejayaan’ dan ianya penting dalam membantu umat Islam dalam meningkatkan amalan harian mereka

Saari bersalam mesra bersama jamaah surau sebelum meninggalkan majlis