Category Archives: Mesra Rakyat

Merasmikan Bio Cafe Station Cawangan Melawati

Hulu Kelang, 8 Januari 2012 – Saari telah diundang oleh Bio Cafe Station untuk merasmikan kedai baru mereka cawangan Melawati yang telah diadakan di Jalan E1, Taman Melawati.

Pengarah Urusan Bio Cafe Station, Shaikh Paiman Shaikh Salleh menyampaikan ucapan aluan memperkenalkan produk makanan keluaran mereka yang berkonsepkan Halalan Toyyibah
Saari menyampaikan ucapan menyokong penuh hasrat Bio Cafe Station memberi kefahaman kepada masyarakat pentingnya mengambil makanan yang baik selaras apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah s.a.w
Saari bersama Shaikh Paiman dan tetamu yang hadir menjamu selera dengan menu yang telah disajikan
Ramai tetamu yang hadir semasa perasmian Bio Cafe Station
Shaikh Paiman menyampaikan cenderahati berupa buku Halalan Toyyibah kepada Saari
Saari bergambar kenangan bersama kakitangan Bio Cafe Station sebelum meninggalkan majlis

Gotong-Royong Penduduk Kg Bukit Cerakah Jaya, Meru

Meru, 7 Januari 2012 – Saari telah hadir bersama-sama penduduk Kampung Bukit Cerakah Jaya untuk bergotong-royong menggantikan bumbung lama kepada yang baru di rumah En Rosli Man, Kg Bukit Cerakah Jaya.

En Rosli menerangkan kepada Saari tentang keadaan bumbumg rumah beliau yang agak uzur dan tidak berapa selamat jika berlaku hujan lebat dan angin kuat
Saari bersama En Rosli membantu penduduk memasang bumbung baru yang disumbangkan oleh ADUN Meru, Y.B Dr Abdul Rani Othman
Saari bergambar kenangan bersama Pengerusi JKKK Kg Bukit Cerakah Jaya, En Azhar Sabidin, En Rosli dan penduduk kampung yang telah hadir bergotong-royong memasang bumbung

 

Bersama Aktivis Masyarakat DUN Meru Mengedarkan Risalah Penerangan di Program Pemimpin Bersama Rakyat

Meru, 7 Januari 2012 – Saari telah bersama-sama aktivis masyarakat DUN Meru mengadakan penculaan rumah ke rumah penduduk sekitar Jalan Sentosa, Taman Klang.

Saari menyampaikan sedikit ucapan memberi kata-kata semangat dan perkongsian tujuan dan matlamat Program Pemimpin Bersama Rakyat diadakan
Saari menyampaikan surat khabar SelangorTimes kepada warga emas berbangsa Tiong Hwa di rumah beliau untuk memberi lebih maklumat berkaitan perkembangan terkini Kerajaan Negeri Selangor
Saari berbual mesra sambil menyampaikan maklumat berkaitan dasar kerajaan Negeri Selangor kepada penunggang motosikal
Aktivis turut membantu penduduk mendapatkan maklumat terkini tempat pengundian mereka di Daftar Pemilih SPR
Rata-rata pengundi yang ditemui kebanyakanya berpuas hati dengan dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dalam memulangkan hasil negeri untuk rakyat

Menziarahi Warga Emas Sakit di Sg Sering

Hulu Kelang, 6 Januari 2012 – Saari bersama Aliza telah menziarahi Hajjah Sapiah Munchak, 73 tahun yang sakit di rumah beliau, Jalan Sering 10, Kg Melayu Sg Sering.

Saari dan Aliza bertanya kesihatan Hajjah Sapiah yang mengalami serangan Angin Ahmar di otak beliau yang mengakibatkan hilang daya ingatan dan kurang berkemampuan untuk berjalan
Hj Mohd Ali Kulub Ahmad, Suami Hajjah Sapiah menunjukkan salinan X-Ray otak isteri beliau bagi mengenal pasti penyakit sebenar yang dihidapinya
Saari membacakan doa semoga Hajjah Sapiah cepat sembuh dan boleh melakukan kerja harian beliau seperti biasa
Aliza memberi kata-kata semangat agar terus kuat dan cekal menghadapi hari-hari mendatang

Menziarahi Sepasang Warga Emas di Kg Melayu Sg Sering

Hulu Kelang, 5 Januari 2011 – Saari bersama Aliza berkesempatan hadir menziarahi sepasang suami isteri warga emas di rumah mereka Jalan Sering 10, Dataran Sg Sering.

Saari bersama Hj Sidek dan jiran beliau berbual mesra menceritakan pengalaman mereka dengan mengimbau kisah-kisah lama sewaktu mereka masih muda
Aliza bersama Hajjah Siti Maimunah (Isteri Hj Sidek) dan jiran-jiran sedang beramah mesra

Bersama Ahli Kariah Surau Al-Ma’arif Al-Islamiah di Majlis Bacaan Ya-Sin dan Tahlil Arwah

Hulu Kelang, 5 Januari 2012 – Saari dan Aliza telah hadir bersama ahli-ahli kariah Dataran Sungai Sering di majlis bacaan Ya Sin dan Tahlil Arwah yang telah diadakan di Surau Al-Ma’arif Al-Islamiah, Sg Sering.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah
Saari bersama ahli-ahli kariah Surau Al-Ma'arif Al-Islamiah membaca Ya Sin dan Tahlil arwah
Saari bersalam mesra bersama jamaah surau selepas selesai solat Isya' berjamaah
Jamuan makan turut disediakan kepada semua hadirin yang hadir
Aliza menjamu selera bersama muslimat yang hadir sambil berbual mesra
Saari bersalam mesra bersama tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis

 

Gunting Rambut Percuma di Pangsapuri Bukit Baru

Hulu Kelang, 2 Januari 2012 – Sempena sesi persekolahan 2012, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Bukit Baru dan JKP MPAJ Zon 1 dan 3 telah menganjurkan program Gunting Rambut Percuma bertempat di Dewan Orang Ramai Pangsapuri Bukit Baru.

Saari cuba menggunting rambut salah seorang peserta sambil diperhatikan oleh Ahli Majlis MPAJ Zon 2, En Razali Ramly dan Pengerusi Surau Al-Ihsaniah, Ustaz Abu Bukhari
Peserta turut dihadiahkan sebuah beg sekolah bagi mengurangkan perbelanjaan persediaan anak-anak ke sekolah
Saari mendengar penerangan daripada bapa salah seorang peserta yang sakit dibahagian kaki dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak
Saari bersama sebahagian peserta dan ibu bapa yang hadir bergambar kenangan bersama
Saari bersalam mesra bersama bapa peserta yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Gunting Rambut Percuma di AU1B Taman Keramat Permai

Hulu Kelang, 1 Januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak dengan kerjasama persatuan penduduk AU1B telah mengadakan program gunting rambut percuma yang telah diadakan bersebelahan padang futsal AU1B Taman Keramat Permai.

YB Azmin Ali bersama Saari menunjukkan kepakaran masing-masing dengan menggunting rambut peserta
Peserta yang telah selesai menggunting rambut turut menerima hadiah beg sekolah daripada YB Azmin Ali dan Saari agar ianya dapat mengurangkan bebanan ibu bapa apabila bermulanya musim persekolahan
Hampir 70 orang pelajar sekitar AU1B yang berdaftar telah menerima khidmat gunting rambut percuma

Konsert Hibur Didik di Ambang 2012 Tampil Kelainan

Renggo menyanyikan beberapa lagu

Greenwood, Gombak – Pas Kawasan Gombak meneruskan kesinambungan acara yang sama tahun lalu dengan menganjurkan Konsert Didik di Ambang 2012 bertempat di tapak pasar malam Greenwood, Gombak Setia. Tujuan konsert diadakan adalah untuk menunjukkan model hiburan yang dibenarkan dalam Islam dan menarik minat masyarakat untuk meraikan tahun baru dengan cara yang yang lebih tertib dan berakhlak.

Di antara penyanyi yang mengambil bahagian seperti kumpulan Nowseeheart, Renggo Arrow, Ejay Samudera dan Isa Gravity. Program yang bermula mulai pukul 9 malam diselang-seli dengan dikir barat, puisi dan cabutan bertuah.

Saari bersama YDP Pas Gombak Ustaz Sallehudin Nasir (tiga dari kanan) hadir sepanjang konsert

Menjelang detik 12 tengah malam, para pimpinan Pas kawasan Gombak dan hadirin dijemput bersama berzikir, berselawat dan menyanyikan lagu nasyid bersama artis jemputan. Doa dibacakan oleh Ustaz Farhan, timbalan Nazir Masjid Assobirin Hulu Kelang mengakhiri konsert sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T

 

Menyambut detik 12 malam dengan selawat dan nasyid
Doa dibaca memohon keberkatan tahun baru

Program merupakan anjuran bersama Pas Kawasan Gombak, Pemuda Pas Kawasan Gombak, Nisa Gombak dan mendapat sokongan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gombak Setia dan Hulu Kelang.