Meraikan Warga Pusat-Pusat Tahfiz DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 5 September 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Sambutan Eidulfitri ADUN Hulu Kelang Bersama Warga Pusat-Pusat Tahfiz DUN Hulu Kelang yang telah berlangsung di Dewan Maahad Tahfiz Al-Ridhuan.

Nazir Masjid Al-Ridhuan, Hj Fauzi menyampaikan ucapan aluan berterima kasih di atas kesudian PKM Hulu Kelang menjadikan Maahad Tahfiz Masjid Al-Ridhuan sebagai tuan rumah pada kali ini
Saari menyampaikan ucapan penghargaan beliau kepada pelajar serta guru-guru yang telah banyak menyumbang dalam membangun, menghidup dan melahirkan generasi celik Al-Quran di DUN Hulu Kelang
DUN Hulu Kelang mempunyai 5 buah Maahad Tahfiz antaranya Maahad Tahfiz Al-Ridhuan, Maahad Tahfiz Al-Munawwarah, Darul Quran Wal Hadith, Maahad Tahfiz An-Nasr dan Maahad Tahfiz Mustomi Al-Ulum
Saari menyampaikanAl-Quran Digital kepada setiap Maahad Tahfiz sebagai bahan bantuan pengajian
Saari turut menyumbangkan dua buah buku tulisan beliau bertajuk 'Konsep-Konsep Umum Islam' dan 'Wanita dan Kekeluargaan Dalam Islam' kepada setiap Maahad Tahfiz
Saari menjamu selera bersama pegusaha dan tenaga pengajar Maahad Tahfiz
Saari beramah mesra bersama pelajar sambil mereka menikmati hidangan
Saari mengucapkan tahniah kepada salah seorang pelajar tahfiz yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Yaman dan akan bertolak pada 9 September ini

Leave a Reply