Menyampaikan Sumbangan Kerajaan Negeri Selangor Kepada Surau Dan Masjid

Hulu Kelang, 3 Ogos 2012 РSempena bulan Ramadhan 1433H, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sumbangan kepada masjid dan surau di seluruh Selangor bagi menyemarakan program sepanjang bulan Ramadhan. Bagi DUN Hulu Kelang dan Bukit Antarabangsa, sebuah majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di Masjid Al-Ansar selepas solat Jumaat.

Nazir Masjid Al-Ansar, Dato' Najmi Ahmad menyampaikan khutbah Jumaat
YB Azmin Ali dan Saari menunaikan solat Jumaat bersama ahli kariah Masjid Al-Ansar
Saari menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri kepada 33 buah Surau di DUN Hulu Kelang
YB Azmin Ali menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri kepada 34 buah Surau di DUN Bukit Antarabangsa
YB Azmin menyampaikan sumbangan kepada Nazir-Nazir Masjid di DUN Bukit Antarabangsa dan DUN Hulu Kelang
Saari bersalam mesra bersama hadirin sebelum meninggalkan majlis

Leave a Reply