Hulu Kelang, 29 Julai 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Sukarelawan Wanita Selangorku telah berjaya mengumpul dan mengedarkan pakaian raya terpakai selepas memohon daripada orang ramai selama dua minggu untuk disumbangkan kepada keluarga susah. Sumbangan pakaian raya terpakai mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat di Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Aliza dan Sukarelawan Wanita Selangorku bersama sebahagian pakaian raya yang sudah dibungkus untuk diedarkan

Saari menyerahkan sebahagian pakaian raya kepada YB Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap untuk diagihkan kepada penduduk susah di kawasan beliau

Ketua Sukarelawan Wanita Selangorku DUN Hulu Kelang, Puan Norhayati Jamaluddin menyerahkan sebahagian pakaian raya terpakai kepada YB Siti Zailah Mohd Yusoff, Ahli Parlimen Rantau Panjang untuk diagihkan kepada penduduk susah di kawasan

Saari bersama Aliza dan Pok Nik (Penyumbang) menyampaikan sumbangan pakaian terpakai kepada penduduk Kg Taman Warisan, Taman Melawati

Pakaian terpakai yang masih baik dan sempurna amat dihargai oleh penduduk yang memerlukan

PKM Hulu Kelang telah menutup pengambilan pakaian terpakai pada 29 Julai 2012 dan berjaya mengumpulkan lebih daripada 700 helai pakaian raya terpakai

 

Leave a Reply