Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik Bertemakan “Raikan Ramadhan Lindungi Alam” Di Bazar Ramadhan Melawati

Hulu Kelang, 24 Julai 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Sukrelawan Selangorku telah menjalankan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik bertemakan “Raikan Ramadhan, Lindungi Alam” selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dengan mengedarkan beg ‘Non Woven’, bekas plastik dan risalah di Bazar Ramadhan Taman Melawati.

Saari bersama Aliza mengagihkan beg berisi risalah kempen dan bekas plastik kepada pengunjung di Bazar Ramadhan Melawati
Kempen tersebut meliputi semua bangsa dan agama
Saari mengedarkan risalah kepada pengunjung bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat mengenai pentingnya menjaga alam sekitar
Saari menerangkan mengenai kempen yang dijalankan kepada peniaga di Bazar Ramadhan Melawati
Beg yang diagihkan memudahkan pengunjung membawa juadah yang dibeli dengan menjimatkan penggunaan beg plastik

Leave a Reply