Hulu Kelang Lancar Ramadhan Tanpa Beg Plastik

Kempen Ramadhan dan Lindungi Alam Sekitar

Pusat Khidmat Masayarakat ADUN Hulu Kelang melancarkan Kempen Raikan Ramadhan Lindungi Alam sempena kedatangan bulan Ramadhan 1433H. Kempen ini bertujuan menyeru masyarakat agar mengurangkan penggunaan beg plastik ketika membeli juadah berbuka puasa. Ini dapat dilakukan dengan membawa sendiri bekas makanan dari rumah.

Dengan ini secara langsung penggunaan beg plastik dapat dikurangkan dan membantu memelihara alam sekitar.

Leave a Reply