Mohon Sumbangan Pakaian Terpakai Sempena Ramadhan 1433H

Hulu Kelang, 19 Julai 2012 – Sempena bulan Ramadhan 1433H, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Sukarelawan Wanita Selangorku telah mengumpulkan pakaian terpakai untuk dihantar ke beberapa daerah pedalaman di Pahang.

Pakaian terpakai yang masih elok dan sempurna terutama baju kurung, baju melayu dan telekung diperlukan
Baju yang disumbangkan akan dikumpulkan ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang untuk proses saringan dan bungkusan
Sebahagian Sukarelawan Wanita Selangorku memeriksa baju dengan teliti untuk memastikan tiada sebarang kerosakan
Baju dilipat terlebih dahulu sebelum dibungkus dan dilabelkan
Sebahagian baju yang telah siap dibungkus
Hantar sumbangan anda terus ke Pusat Khidmat Masyarakat ADN Hulu Kelang atau hubungi Penyelaras Sukarelawan Wanita Selangorku di talian 012-2275552

Leave a Reply