KENYATAAN AKHBAR

10 JULAI 2012

PEMERGIAN TOKOH BUDAYA KEHILANGAN BESAR KEPADA NEGARA

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Prof Diraja Ungku Abdul Aziz atas pemergian isteri beliau yang juga tokoh budaya Melayu,Sharifah Azah Mohamed Alsagoff atau Azah Aziz.

Menteri Besar berkata, pemergiaan Azah Aziz merupakan kehilangan besar kepada sejarah dan budaya negara dan amat sukar dicari ganti.

“Beliau merupakan perjuang bahasa dan budaya Melayu yang amat berjasa kepada negara dan sangat komited serta tidak pernah jemu memperjuangkan  kelangsungan budaya Melayu.

“Sumbangan Allahyarham akan dikenal sepanjang zaman dan akan diabdikan dalam sejarah negara.  Seluruh rakyat Selangor merasai kehilangan ini,” kata Menteri Besar.

Azah Aziz atau juga mesra dipanggil Mak Ungku meninggal dunia pada usia 84 tahun kerana sakit tua dan angin ahmar , kira-kira jam 10 pagi semalam,

 

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

 

Leave a Reply