Bertemu dan Menyampaikan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran di Pusat Penempatan Sementara

Hulu Kelang, 8 Januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKKK Kg Pasir, Persatuan Bulan Sabit Merah, MPAJ dan beberapa badan telah bekerjasama dalam menguruskan kebajikan mangsa kebakaran setinggan Batu 7 1/2 di pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna MPAJ AU5 Lembah Keramat.

Saari berbincang bersama En Saiful dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Ahli Majlis MPAJ Zon 3 En Razali Ramly, Pengerusi JKKK Kg Pasir Hj Ibrahim dan wakil penduduk untuk menyelaraskan kerja dalam sebuah pasukan bagi memudahkan perjalanan menguruskan mangsa kebakaran

 

Saari menyampaikan ucapan takziah kepada wakil keluarga mangsa dan beliau akan menulis surat sokongan kepada Lembaga Zakat Selangor untuk mendapatkan bantuan untuk diberikan kepada mangsa kebakaran
En Saiful memberi sedikit taklimat ringkas tentang beberapa peraturan dan panduan yang perlu diambil kira bagi memudahkan proses bantuan dan penempatan mangsa kebakaran
Saari memerhatikan wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu mangsa-mangsa kebakaran mengisi borang
Beberapa orang aktivis masyarakat bertungkus lumus menyediakan bantuan kepada setiap mangsa kebakaran supaya mereka berada dalam keadaan yang selesa semasa di pusat penempatan sementara
Saari bersama Hj Ibrahim menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas seperti selimut, tikar, sabun mandi, tuala, kain pelikat, telekung solat, bedak dan baju persalinan kepada semua mangsa kebakaran yang terlibat
Saari dan Aliza mendengar keluhan seorang ibu bersama anaknya yang berusia 4 bulan hilang tempat perlindungan apabila rumahnya musnah dijilat api
Saari sedia membantu mangsa kebakaran dari masa ke semasa bagi mengurangkan bebanan kesusahan mereka

Leave a Reply