Hulu Kelang, 4 Julai 2012 – Saari telah menerima aduan daripada peniaga Medan Selera FELDA AU2 berkenaan kedai makan yang telah disita oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tidak beroperasi sehingga mereka mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kemeterian. Saari telah turun melihat sendiri secara dekat permasalahan peniaga sebelum mengadakan mesyuarat bersama MPAJ, wakil peniaga dan Kementerian Kesihatan Malayisa.

Saari melihat notis perintah tutup yang ditampal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia

Peniaga menunjukkan beberapa dokumen berkaitan hasil pemeriksaan yang dijalankan di premis mereka

Kementerian Kesihatan mewajibkan setiap peniaga melebelkan botol yang diisi dengan bahan makanan sebagai salah satu syarat kelulusan berniaga

Saari melihat longkang di dalam kedai yang tersumbat dan menjadi rungutan dari para peniaga

Sistem penapisan minyak yang tidak diselenggara mengeluarkan bau tidak selesa dikalangan pengunjung medan selera

Tandas di medan selera yang dijaga dengan rapi dan bersih

Beberapa buah kedai yang disita bertungkus lumus membersihkan kedai mereka bagi mematuhi syarat pihak kementerian sebelum dibenarkan semula untuk berniaga

 

Leave a Reply