Pendengaran Awam SELCAT – Isu Permohonan Pembangunan Tanah di Kelana Jaya

Shah Alam, 27 Jun 2012 –¬†Saari selaku salah seorang anggota SELCAT ¬†telah hadir pada pendengaran awam berhubung permohonan pembangunan tanah padang PKNS di Kelana Jaya dan rancangan tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2). Pendengaran awam SELCAT hari pertama telah memanggil Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Ahli Majlis MBPJ untuk memberi keterangan.

Pengarah JPBD Negeri Selangor, En Mohd Zaki Ibrahim memberi penjelasan mengenai perancangan tanah di Petaling Jaya
Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato' Mohamad Roslan Sakiman memperjelaskan mengenai isu pewartaan yang telah mempunyai kesilapan di antara pihak MBPJ dan JPBD
Ahli Majlis MBPJ, En Derek Fernandez membangkitkan luahan penduduk di kawasan beliau tentang perancangan membangunkan kawasan padang PKNS untuk dimajukan
Saari bersama anggota SELCAT mendengar penjelasan dari semua pihak berkaitan permasalahan tanah PKNS di Kelana Jaya
Sebahagian wartawan yang hadir membuat liputan terhadap pendengaran awam SELCAT

Leave a Reply