Melancarkan Skuad Sukarelawan Wanita Selangorku DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 24 Jun 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menubuhkan Skuad Sukarelawan Wanita Selangorku peringkat DUN Hulu Kelang yang telah dilancarkan di┬áPusat Komuniti Rakyat Sri Pangsa AU3/1.

Sukarelawan Wanita bersarapan pagi bersama Saari sebelum bermulanya majlis
Pengarah Skuad Sukarelawan Selangorku, En Helmizn Abdul Karim menyampaikan taklimat mengenai tujuan dan bidang tugas wanita dalam Skuad Sukarelawan Selangorku
Ketua Skuad Sukarelawan Wanita Selangorku, Puan Norhayati Jamaluddin menerangkan tugasan dan ruang lingkup yang perlu difahami sukarelawan dalam mendekati wanita di DUN Hulu kelang
Saari menyampaikan ucapan perasmian menerangkan nilai terpenting dan terunggul sesebuah kerajaan ialah dengan menjaga kebajikan rakyat melalui sentuhan amal kebajikan
Sukarelawan mendengar taklimat yang disampaikan
Saari bergambar kenangan bersama peserta yang mendaftar sebagai Sukarelawan Selangorku
Aliza berbual mesra bersama sukarelawan yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Leave a Reply