Bersama Gotong-Royong Membersihkan Kawasan Perkuburan Keramat AU1

Hulu Kelang, 23 Jun 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menganjurkan program gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan di ┬átanah perkuburan Islam, Keramat AU1.

Saari sarapan pagi bersama hadirin sebelum gerakerja gotong-royong bermula
Saari menyampaikan ucapan berterima kasih kepada semua yang hadir dan mendoakan semoga kerja amal membersihkan kawasan perkuburan menjadi amalan mulia di sisi Allah SWT
Penduduk mendengar taklimat daripada Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim mengenai pembahagian tugasan
Saari membantu mengutip sampah di sekitar kawasan tanah perkuburan
Beberapa buah mesin rumput telah digunakan bagi memotong lalang liar yang tumbuh di persekitaran kawasan perkuburan
Saari mengumpulkan rumput yang telah dipotong untuk diangkut ke dalam lori
MPAJ telah menyediakan beberapa buah lori bagi mengangkut sampah dan dahan pokok yang telah dipotong

Leave a Reply