Menyampaikan Bantuan Keperluan Asas Makanan Kepada Penduduk Susah Kg Klang Gate

Hulu Kelang, 27 Mei 2012 – Saari bersama YB Azmin Ali telah memenuhi undangan JKKK Kg Klang Gate untuk menghadiri majlis dialog penduduk bersama Penghulu Mukim Hulu Kelang dan penyampaian bantuan kepada penduduk susah yang telah diadakan di Dewan Orang ramai Kg Klang Gate.

Majlis dimulakan dengan dialong antara penduduk dan Penghulu mukin Hulu Kelang, En Zaimi Ghazali
YB Azmin Ali menyampaikan ucapan menerangkan dasar Kerajaan Negeri dalam memulangkan hasil kekayaan negeri kepada rakyat
YB Azmin menyampaikan bantuan kewangan dan sekampit beras 10kg kepada Puan Sabariah Abdullah
Saari menyampaikan sumbangan asas makanan kepada Puan Zabedah Talib
YB Azmin Ali menyampaikan sumbangan kewangan kepada Pengerusi JKKK Kg Klang Gate, En Ali Kassim bagi penganjuran kejuaraan futsal Piala YB Azmin Ali peringkat Kg Klang Gate
Jamuan makan turut disediakan selepas majlis
Saari bersalaman bersama Ali Kassim sebelum meninggalkan majlis

Leave a Reply