Lawatan Tapak Dataran Anak Muda di Jalan H1

Turut hadir lawatan tapak Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Luar Bandar (PLB) En Fauzi

Taman Melawati,17 Mei 2012 – Kerajaan negeri baru-baru ini telah meluluskan peruntukan membina sebuah dataran anak muda dan gelanggang serbaguna ┬ádi beberapa DUN termasuk Hulu Kelang. Peruntukan ini disalurkan di bawah Geran Selangorku dan diurus oleh Menteri Besar Incorporated (MBI).

Kawasan rekreasi di Jalan H1, Taman Melawati telah dikenalpasti sesuai dan memenuhi syarat pelan yang diperlukan iaitu berukuran 100 kaki x 100 kaki. Satu lawatan tapak telah diadakan oleh Saari dan ditemani pasukan Pembangunan Luar Bandar(PLB) Pejabat Daerah Gombak yang diketuai En Mohd Fauzi Md Yatim selaku agensi pelaksana projek. Tender projek akan dibuka mulai Jumaat 18 Mei sehingga 22 Mei 2012.

Sebahagian kawasan gelanggang tenis lama akan dibina gelanggang serbaguna dan dataran
Gelanggang futsal sedia ada akan dikekalkan

 

Leave a Reply