Jalan Utama Taman Permata Kini Berwajah Baru Melalui Peruntukan MARRIS

Hulu Kelang, 7 Mei 2012 – Melalui peruntukan RM2 juta kepada setiap DUN oleh Kerajaan Negeri Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyenaraikan beberapa jalan untuk diambil tindakan oleh MPAJ dengan melantik pihak kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja penurapan jalan. Pada ketika ini pihak kontraktor sudah menyiapkan penurapan sepanjang jalan utama Taman Permata dan penurapan jalan lain masih dalam proses penurapan.

Kerja penurapan jalan bermula dari lampu isyarat Taman Permata menuju ke AU4
Kaedah penurapan yang betul adalah dengan pihak kontraktor menurap tepi jalan sehingga ke pintu pagar masuk di setiap rumah
Penurapan jalan sehingga Petronas AU4
Jalan yang berwajah baru melalui peruntukan MARRIS memberi keselesaan kepada pengguna yang melalui jalan tersebut

 

Leave a Reply