Bersama YB Azmin Ali Menyampaikan Bantuan Kewangan Kepada Mangsa Kebakaran Batu 7 1/2

Hulu Kelang, 21 April 2012 – Saari telah hadir ke majlis penyampaian bantuan kewangan kepada magsa kebakaran Batu 7 1/2 Hulu Kelang anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak. Majlis sumbangan bantuan tersebut telah diadakan di perkarangan rumah penduduk Batu 7 1/2.

Saari Selaku ADUN Hulu Kelang telah mengutus surat kepada YAB Dato' Menteri Besar Selangor untuk membanci penduduk Batu 7 1/2 dalam mendapatkan penempatan yang baru
YB Azmin Ali menyampaikan ucapan bersimpati dengan apa yang telah berlaku dan mengharapkan sumbangan yang diberi dapat meringankan beban mangsa kebakaran
YB Azmin Ali menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran sambil diperhatikan oleh YB Amirudin dan Saari
Jamuan makan turut disediakan kepada semua penduduk yang hadir
Penduduk bergambar kenangan bersama YB Azmin Ali, YB Amirudin dan Saari
Saari bersalam mesra bersama penduduk yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Leave a Reply