Menziarahi Jenazah Almarhumah Faridah Mohammad

Hulu Kelang, 31 Disember 2011 – Saari telah berkesempatan menziarahi jenazah Almarhumah Faridah Mohammad yang telah meninggal dunia akibat penyakit yang dihidapinya dan jenazah telah diuruskan di Madrasatul Islamiah, Rumah Pangsa Taman Keramat.

Saari mengucapkan takziah kepada suami Almarhumah Faridah Mohammad, semoga Almarhumah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah di syurga Allah SWT