Menghargai Penggiat Seni Anak Jati Hulu Kelang di Teater Se-Merah Padi

Kuala Lumpur, 29 Disember 2011 – Saari bersama keluarganya telah hadir menonton Teater Se-Merah Padi bagi menghargai karya dan penggiat seni anak jati Hulu Kelang yang telah diadakan di Panggung Sari Istana Budaya.

Teater Se-Merah Padi merupakan arahan Rosdeen Suboh dan akan berlangsung selama 10 hari di Istana Budaya
Teater Se-Merah Padi adalah adaptasi daripada karya agung Tan Sri P. Ramlee dan watak utama dalam Teater Se-Merah Padi, Aduka (Khir Rahman) merupakan penduduk Hulu Kelang
Saari telah diundang untuk bersalam bersama pelakon Se-Merah Padi di atas pentas selepas berakhirnya teater
Saari bergambar kenangan bersama semua barisan pelakon, pengarah dan kru-kru yang telah menjayakan teater Se-Merah Padi
Penerbit Teater Se-Merah Padi, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno merupakan anak jati kelahiran Hulu Kelang yang telah berjaya di dunia seni tanah air