Ramah Mesra & Dialog Bersama Mangsa Kebakaran Batu 7 1/2 Hulu Kelang

Hulu Kelang, 1 April 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama JKKK Kg Pasir telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Dialog bersama Penduduk Mangsa Kebakaran Batu 7 1/2 Hulu Kelang yang telah diadakan di adakan di kawasan kediaman mereka.

Kehadiran Saari ke Batu 7 1/2 disambut penduduk setempat
Wakil penduduk, Ahmad Imran Samsi menyampaikan ucapan aluan majlis berterima kasih diatas kerjasama penduduk dan Pejabat ADUN dalam menjayakan program
Saari menyampaikan ucapan mengharapkan hubungan kasih sayang dikalangan penduduk setempat dan pemimpin dapat dieratkan agar mendapat keredhoan dan rahmat dari Allah SWT
Beberapa soalan telah diajukan penduduk kepada Saari berkaitan permasalahan kawasan kediaman mereka
Penduduk gembira dapat menikmati hidangan yang disediakan oleh mereka secara bergotong-royong dan tidak pernah berlaku semenjak lebih 30 tahun mereka menetap di situ
Saari berbual mesra bersama penduduk yang sedang menjamu selera
Sebahagian penduduk bergambar kenangan bersama Saari sebelum bersurai

Leave a Reply