Gelanggang Futsal AU1B Selamat Dirasmikan

Usaha bersama Saari dan Azmin mendapatkan peruntukan pembinaan gelanggang futsal baru AU1B

Taman Keramat Permai AU1B – Impian penduduk sekitar Taman Keramat Permai AU1B dan rumahpangsa AU1B akhirnya menjadi kenyataan apabila gelanggang futsal yang dibina oleh kerajaan negeri siap dan sempurna dirasmikan pada 1 Januari 2012. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, YB Saari Sungib dan Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali di perkarangan gelanggang futsal.

Simbolik penyerahan kunci gelanggang kepada persatuan penduduk

Gelanggang futsal yang dibina dengan menaik taraf gelanggang sedia ada melalui peruntukan pembangunan belia negeri Selangor. Sejurus selepas perasmian, satu perlawanan persahabatan diadakan antara pasukan dari rumah teres dan rumah pangsa AU1B melibatkan kategori veteran dan belia.

Simbolik perasmian gelanggang futsal. Dari rakyat untuk rakyat
Saari dan Azmin memperlihatkan sepakan penalti masing-masing
Kedua-dua pasukan veteran Taman Keramat AU1B (pangsa dan teres) bergambar bersama Saari dan Azmin