Berbuka Puasa Sunat dan Menghadiri Kuliah Maghrib di Surau Darussa’adah

Hulu Kelang, 2 januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama¬†Surau Darussa’adah telah menganjurkan majlis berbuka puasa sunat hari Isnin yang telah diadakan di¬†Surau Darussa’adah AU1C, Taman Keramat Permai.

Saari bersama ahli-ahli kariah Surau Darussa'adah berbuka puasa sunat hari Isnin bersama
Solat Maghrib berjamaah setelah selesai berbuka puasa
Pengerusi Surau Darussa'adah, Hj Kamarul Zaman Abdullah menyampaikan sedikit ucapan aluan penghargaan kepada PKM Hulu Kelang kerana sudi menganjurkan majlis berbuka puasa sunat di surau mereka
Majlis diteruskan dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Yusof Johan yang telah membincangkan salah sebuah hadith dari hadith 40 karangan Imam Nawawi
Saari bersama ahli-ahli kariah tekun mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Yusof Johan
'Moreh' turut disediakan kepada semua yang hadir selepas selesai majlis
Saari bersalam mesra bersama tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis