Menziarahi Jenazah Almarhum Dato’ Md Salleh Majid

Hulu Kelang, 2 Januari 2012 – Saari telah menziarahi jenazah Almarhum Dato’ Md Salleh Majid di rumah ibu Almarhum yang terletak di Lorong Hj Mokhtar Kg Pasir. Almarhum meninggal dunia disebabkan oleh penyakit barah usus dan buah pinggang. Beliau merupakan bekas Presiden BSKL dan merupakan anak jati Hulu Kelang.

Saari bersama saudara mara menatap wajah terakhir Almarhum sebelum disolatkan
Saari mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Almarhum semoga Allah mengampuni dosa-dosa beliau dan menempatkan di Syurga Allah SWT