Gunting Rambut Percuma di Pangsapuri Bukit Baru

Hulu Kelang, 2 Januari 2012¬†–¬†Sempena sesi persekolahan 2012, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Bukit Baru dan JKP MPAJ Zon 1 dan 3 telah menganjurkan program Gunting Rambut Percuma bertempat di Dewan Orang Ramai Pangsapuri Bukit Baru.

Saari cuba menggunting rambut salah seorang peserta sambil diperhatikan oleh Ahli Majlis MPAJ Zon 2, En Razali Ramly dan Pengerusi Surau Al-Ihsaniah, Ustaz Abu Bukhari
Peserta turut dihadiahkan sebuah beg sekolah bagi mengurangkan perbelanjaan persediaan anak-anak ke sekolah
Saari mendengar penerangan daripada bapa salah seorang peserta yang sakit dibahagian kaki dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak
Saari bersama sebahagian peserta dan ibu bapa yang hadir bergambar kenangan bersama
Saari bersalam mesra bersama bapa peserta yang hadir sebelum meninggalkan majlis