Menyampaikan Sumbangan Beg Sekolah di Kg Taman Warisan

Hulu Kelang, 9 Mac 2012 – Kerajaan Negeri Selangor telah menyumbangkan beg sekolah kepada murid-murid berumur 6-12 tahun melalui Pusat Khidmat Masyarakat di setiap DUN untuk diagihkan kepada murid yang memerlukan. Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menerima 1000 buah beg untuk diagihkan. Majlis penyampaian sumbangan beg sekolah peringkat Kg Taman Warisan telah diadakan di Surau Kg Taman Warisan, Taman Melawati.

Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim menyampaikan ucapan agar anak-anak Kg Taman Warisan dapat memanfaatkan beg sekolah yang diberikan
Saari menyampaikan beg sekolah sumbangan Kerajaan Negeri dengan bertemakan "Hasil Negeri Untuk Rakyat"
Saari bergambar kenangan bersama 26 murid yang menerima beg sekolah
Saari menyantuni anak-anak Kg Taman Warisan sebelum meninggalkan majlis

Leave a Reply