Penduduk Hulu Kelang Terima Khidmat Nasihat Guaman Percuma

Hulu Kelang, 4 April 2015 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Paralegal DUN Hulu Kelang telah membuka kauter bantuan guaman bagi membantu memberi nasihat kepada penduduk di Hulu Kelang yang mempunyai masalah berkaitan undang-undang. Nasihat guaman DUN Hulu Kelang akan dibuka setiap hari sabtu minggu pertama setiap bulan di Dewan Komuniti Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang.

Pasukan Paralegal Hulu Kelang mengambil maklumat dan masalah yang dihadapi penduduk
Pasukan Paralegal Hulu Kelang mengambil maklumat dan masalah yang dihadapi penduduk
Segala masalah berkaitan undang-undang akan dirujuk kepada peguam dan satu pertemuan akan diadakan bagi membantu menyelesaikan masalah berbangkit
Segala masalah berkaitan undang-undang akan dirujuk kepada peguam dan satu pertemuan akan diadakan bagi membantu menyelesaikan masalah berbangkit

Leave a Reply