Meninjau Pembinaan Gelanggang Sepak Takraw Di Apartment Sri Wira Ukay Perdana

Hulu Kelang, 29 Disember 2011 – Saari bersama Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim dan JKP Zon 4, En Zulkifli Asnawi telah meninjau tapak bagi membina dua buah gelanggang sepak takraw di Apartment Sri Wira, Ukay Perdana. Kelulusan pembinaan telah diberikan selepas Aidilfitri lalu namun kontraktor yang dilantik didapati masih gagal untuk memulakan sebarang kerja pembinaan.
Kontraktor sudah membuka alat permainan untuk dialihkan di taman permainan tetapi kerja-kerja tertangguh disebabkan oleh beberapa sebab teknikal. Perkara ini akan diajukan kepada Pejabat Daerah Gombak selaku pengurus dan pelaksana projek ini.