Konsert Hibur Didik di Ambang 2012 Tampil Kelainan

Renggo menyanyikan beberapa lagu

Greenwood, Gombak – Pas Kawasan Gombak meneruskan kesinambungan acara yang sama tahun lalu dengan menganjurkan Konsert Didik di Ambang 2012 bertempat di tapak pasar malam Greenwood, Gombak Setia. Tujuan konsert diadakan adalah untuk menunjukkan model hiburan yang dibenarkan dalam Islam dan menarik minat masyarakat untuk meraikan tahun baru dengan cara yang yang lebih tertib dan berakhlak.

Di antara penyanyi yang mengambil bahagian seperti kumpulan Nowseeheart, Renggo Arrow, Ejay Samudera dan Isa Gravity. Program yang bermula mulai pukul 9 malam diselang-seli dengan dikir barat, puisi dan cabutan bertuah.

Saari bersama YDP Pas Gombak Ustaz Sallehudin Nasir (tiga dari kanan) hadir sepanjang konsert

Menjelang detik 12 tengah malam, para pimpinan Pas kawasan Gombak dan hadirin dijemput bersama berzikir, berselawat dan menyanyikan lagu nasyid bersama artis jemputan. Doa dibacakan oleh Ustaz Farhan, timbalan Nazir Masjid Assobirin Hulu Kelang mengakhiri konsert sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T

 

Menyambut detik 12 malam dengan selawat dan nasyid
Doa dibaca memohon keberkatan tahun baru

Program merupakan anjuran bersama Pas Kawasan Gombak, Pemuda Pas Kawasan Gombak, Nisa Gombak dan mendapat sokongan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gombak Setia dan Hulu Kelang.