Mesyuarat Pembinaan Surau Al-Ukhuwah Ukay Bistari

Hulu Kelang, 26 Jun 2014 – Saari telah mengadakan mesyuarat bersama MPAJ, Jawatankuasa Penaja Surau Al-Ukhuwah, wakil persatuan penduduk Ukay Bistari dan Nusa Tropika bagi menyelesaikan beberapa isu berbangkit berhubung pembinaan Surau Al-Ukhuwah, Ukay Bistari.

Saari mempengerusikan mesyuarat meminta semua pihak menyatakan pendapat dan pandangan dalam menyelesaikan aduan berhubung pembinaan Surau Al-Ukhuwah
Saari mempengerusikan mesyuarat meminta semua pihak menyatakan pendapat dan pandangan dalam menyelesaikan aduan berhubung pembinaan Surau Al-Ukhuwah
Pengerusi Penaja Surau Al-Ukhuwah, YM Mejor (B) Raja Shafauddin Raja Sulaiman menyampaikan hasrat dan tindakan yang dilakukan oleh mereka mempercepatkan pembinaan surau
Pengerusi Penaja Surau Al-Ukhuwah, YM Mejor (B) Raja Shafauddin Raja Sulaiman menyampaikan hasrat dan tindakan yang dilakukan oleh mereka untuk mempercepatkan pembinaan surau baru
Wakil penduduk Nusa Tropika, En Johari menyatakan hasrat penduduk yang kurang senang keadaan simpang masuk ke surau yang bakal dibina kerana terlalu hampir dengan pintu masuk perumahan mereka dan mengundang bahaya pada penduduk

Pada mesyuarat tersebut MPAJ telah bersetuju untuk mengubah laluan masuk surau dan satu pelan baru akan dilakar atas persetujuan semua pihak
Pada mesyuarat tersebut MPAJ telah bersetuju untuk mengubah laluan masuk surau dan satu pelan baru akan dilakar atas persetujuan semua pihak
Pada 4 Mei 2011 Dato' Menteri Besar telah mewartaan tanah seluas 0.429 ekar sebagai tapak surau di Jalan Nusa Tropika 1, Ukay Bistari
Pada 4 Mei 2011 Dato’ Menteri Besar telah mewartaan tanah seluas 0.429 ekar sebagai tapak surau terletak di Jalan Nusa Tropika 1, Ukay Bistari
Kawasan pintu masuk ke surau yang mendapat bantahan penduduk Nusa Tropika
Kawasan pintu masuk ke surau yang mendapat bantahan penduduk Nusa Tropika
Alhamdulillah penyelesaian dapat dicapai antara semua pihak dan kerja pembangunan Surau Al-Ukhuwah akan dibina pada waktu terdekat
Alhamdulillah penyelesaian dapat dicapai antara semua pihak dan kerja pembangunan Surau Al-Ukhuwah akan dibina pada masa terdekat

Leave a Reply