Hulu Kelang, 29 Disember 2011 – Hasil dari aduan yang telah dibuat oleh seorang penduduk kepada Saari melalui e-mail berkaitan bumbung jejantas yang sudah rosak dan berlubang, Saari telah menulis surat menarik perhatian JKR dan telah membuat lawatan bersama bagi menyelesaikan masalah bumbung jejantas yang telah berlubang di jejantas Lebuhraya Lingkaran Tengah II KM24.

Saari bersama En Helmizan melihat bumbung jejantas yang sudah dibaik pulih oleh JKR

Atap jejantas yang sudah digantikan sepenuhnya untuk keselesaan pengguna

Semoga dengan membaik pulih atap jejantas ianya akan memberi keselesaan kepada pengguna yang melaluinya

 

Saari berharap masalah bumbung jejantas di Lebuhraya Lingkaran Tengah II terutama di kawasan Hulu Kelang dapat diselenggara dari masa ke semasa oleh JKR untuk keselamatan dan keselesaan pengguna

 

Comments are closed.