Dialog Bersama Zoo Negara, MPAJ Dan Penduduk Jalan L2

Hulu Kelang, 23 April 2014 – Saari telah mengadakan satu majlis dialog antara Zoo Negara, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan penduduk Jalan L2 berkenaan isu pemasangan penghadang oleh pihak Zoo di sempadan antara rumah penduduk di Jalan L2, Kemensah Heights.

En Sobri mewakili penduduk Jalan L2 mengutarakan masalah yang dihadapi oleh mereka dengan pembinaan tembok penghadang yang menghalang laluan angin ke kawasan penduduk
En Sobri mewakili penduduk Jalan L2 mengutarakan masalah yang dihadapi oleh mereka terhadap pemasangan tembok penghadang
En Shahril mewakili pihak Zoo menyatakan tujuan tembok penghadang dibuat untuk keselamatan pencerobohan ke dalam Zoo
En Shahril mewakili pihak Zoo menyatakan tujuan tembok penghadang dibuat bertujuan sebagai langkah keselamatan pencerobohan ke dalam Zoo
Pengarah JKR Selangor, Dato' Ir. HJ. Hamizan Mohd Inzan yang juga merupakan penduduk Jalan L2 menerangkan bahawa alasan yang diberikan oleh pihak Zoo tidak tepat memandangkan penghadang yang digunakan merupakan 'Sound Barier' dan hanya dipasang di kawasan mereka sahaja
Pengarah JKR Selangor, Dato’ Ir. HJ. Hamizan Mohd Inzan yang juga merupakan penduduk Jalan L2 menerangkan bahawa alasan yang diberikan oleh pihak Zoo tidak tepat memandangkan penghadang yang digunakan merupakan ‘Sound Barier’ dan hanya dipasang di kawasan mereka sahaja
Penghadang yang dipasang melebihi had yang telah ditetapkan oleh MPAJ dan menghalang laluan angin ke rumah penduduk dan pantulan cahaya yang menyebabkan bahang panas dirasai penduduk
Penghadang yang dipasang melebihi had ketinggian yang telah ditetapkan oleh MPAJ. Menurut penduduk dengan ketinggian tersebut telah menghalang laluan angin ke rumah mereka dan pantulan haba dari tembok menyebabkan bahang panas dirasai penduduk pada waktu tengahari
Penolong Pegawai Senibina MPAJ, Pn Masni Manja Md Sidek menerangkan bahawa pihak Zoo tidak pernah memohon untuk membina penghadang tersebut
Penolong Pegawai Senibina MPAJ, Pn Masni Manja Md Sidek menerangkan bahawa pihak Zoo tidak pernah mengemukakan permohonan untuk membina penghadang tersebut
Saari menyampaikan ucapan berharap setiap pihak perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan dan berharap satu halatuju dapat dibuat antara MPAJ dan Zoo Negara dalam tempo satu minggu
Saari menyampaikan ucapan berharap setiap pihak perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan dan berharap satu halatuju dapat dibuat antara pihak Zoo Negara dan MPAJ dengan menerima pandangan penduduk untuk kesejahteraan semua pihak
Sebahagian penduduk Jalan L2 yang hadir pada mesyuarat tersebut
Sebahagian penduduk Jalan L2 yang hadir pada mesyuarat tersebut

Leave a Reply