Menghadiri Pelancaran Zon Hijau dan Sambutan Tahun Baru Cina JKP Zon 24

Cheras, 11 Febuari 2012 – Saari telah hadir pada Majlis Pelancaran Zon Hijau dan Sambutan Tahun Baru Cina anjuran JKP Zon 24 dengan kerjasama MPAJ. Majlis tersebut telah diadakan di Taman Bukit Segar Jaya 2.

YDP MPAJ, Dato' Mohammad Yacob menyampaikan ucapan penghargaan kepada JKP Zon 24 kerana berjaya menganjurkan program yang amat bermakna bagi MPAJ dalam membantu menghijaukan kawasan pentadbiranya
Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato Menteri Besar Selangor menyampaikan ucapan pentingnya mewujudkan Zon Hijau dalam memberi kesedaran kepada masyarakat setempat dalam menjaga ekosistem yang semakin tercemar
Dato' Menteri Besar menanam pokok sambil dibantu oleh YB Ronnie Liu dan YB Jenice Lee sebagai simbolik pelancaran Zon Hijau
Saari turut menanam sebuah pokok sambil dibantu oleh pasukan MPAJ
YB Jenice Lee menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penduduk DUN Teratai yang hadir
Dato' Menteri Besar bersama saari dan pimpinan yang hadir menggaul Yee Sang, merupakan makanan tradisi ketika menyambut Tahun Baru Cina
Bergambar kenangan bersama peserta Tarian Singa
Hadirin dihiburkan dengan persembahan anak-anak Taman Bukit Segar Jaya
Dato' Menteri Besar bersama pimpinan memberikan Ang Pau kepada semua kanak-kanak yang hadir
Dato' Menteri Besar bersama Saari dan ADN yang hadir bergambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa JKP Zon 24

Leave a Reply