Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Desa Keramat Meriah

Hulu Kelang, 11 Febuari 2012 – Saari telah diundang untuk menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Taman Desa Keramat anjuran bersama Kelab belia TDK dan Surau Nurul Ehsan.

Majlis dimulakan dengan berarak dan berselawat di sekeliling kawasan perumahan TDK
Saari bersama penduduk bersarapan pagi selepas selesai perarakan
Muslimin TDK yang hadir bergambar kenangan bersama Saari
Sebahagian muslimat yang hadir bergambar kenangan
Pengerusi Surau Nurul Ehsan, Hj Rostam Mustanir menyampaikan ucapan aluan dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Desa Keramat tahun 2012
Saari menyampaikan ucapan memberi kata-kata semangat kepada golongan muda untuk terus hadir menjayakan program keagamaan kerana mereka merupakan generasi pelapis yang bakal mengimarahkan Masjid dan surau pada masa akan datang
Saari, Hj Rostam dan Pengerusi Kelab Belia TDK bergambar kenangan bersama Piala Kejuaraan yang telah dinobatkan kepada Kontejan dari Taman Desa Keramat sempena Perarakan Maulidur Rasul Masjid Al-Ansar 2012
Hadirin dipersembahkan dengan persembahan nasyid dari Kelab Belia TDK
Pertandingan azan bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah
Sebahagian kanak-kanak yang menyertai pertandingan kuiz
Hadiah yang bakal dimenangi oleh peserta
Saari bersalam mesra bersama tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis

Leave a Reply