Hulu Kelang, 29 Disember 2011 – Rentetan dari aduan Gurpuri Foundation Foster Home For Children kepada Saari berkaitan kerisauan mereka terhadap laluan air hujan yang menjadikan tembok mereka sebagai laluan utama, Saari bersama Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim telah hadir melihat sendiri di Gurpuri Foundation Foster Home For Children yang terletak di Jalan Merak, Ulu Kelang.

Saari menerangkan kepada En Helmizan laluan air hujan yang mendampingi tembok Gurpuri yang membuatkan tanah akan menjadi lembik dan tembok bangunan akan terjatuh sekiranya tanah lembik tidak lagi mampu menampung bebanan berat tembok

Kawasan yang curam membuatkan air melalui kawasan tebing Gurpuri apabila waktu hujan

Saari menunjukkan longkang yang dibina oleh MPAJ tetapi tidak menyelesaikan masalah utama Gurpuri

Saari mencadangkan agar longkang dan tembok dapat dibuat bagi mengelakkan air hujan untuk terus mengalir ke arah tembok Gurpuri

 

Comments are closed.