Bersama YAB Dato’ Menteri Besar di Majlis Penyerahan Sijil Kelayakan Menduduki Kepada Penduduk RKR Taman Ukay Indah Sg Sering

Hulu Kelang, 10 Febuari 2012 – Saari telah hadir di Majlis Penyerahan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan Rumah Kos Rendah Taman Ukay Indah Sungai Sering oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor yang telah diadakan di Dewan MPAJ AU2, Taman Sri Keramat.

Saari menyambut ketibaan YAB Dato' Menteri Besar ke tempat majlis
Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Y.Bhg. Datin Paduka Alinah Ahmad menyampaikan ucapan mengimbau kembali bagaimana punca berlakunya kelewatan dalam pembangunan RPR di Sg Sering
Saari menyampaikan ucapan meminta jasa baik Kerajaan Negeri menimbang lima perkara yang dicadangkan oleh beliau, di mana ianya melibatkan kebajikan terhadap penduduk Flat, pemaju dan masyarakat setempat
YAB Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor menyampaikan ucapan memberi peringatan dan teguran kepada pemaju dan Majlis Pembandaran yang ingin memajukan tanah yang melibatkan penduduk mestilah menunaikan janji mengikut tempoh yang ditetapkan supaya mereka tidak teraniaya dengan kelewatan yang mungkin memakan masa yang terlalu lama
YAB Dato Menteri Besar menyampaikan Sijil kelayakan Meduduki (CF) kepada salah seorang penduduk sambil diperhatikan oleh YB Iskandar Abd Samad, YB Zuraidah dan Saari
Penduduk dan masyarakat setempat yang hadir di majlis penyampaian CF
Sidang media turut diadakan selepas selesai penyampaian sijil kepada penduduk
Jamuan turut disediakan kepada semua tetamu yang hadir

Leave a Reply