Meninjau Gelanggang Futsal di DUN Hulu Kelang

Hulu kelang, 29 Disember 2011 – Saari bersama Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim telah meninjau beberapa gelanggang futsal sekitar Hulu Kelang bagi memastikan kemudahan gelanggang futsal berada dalam keadaan yang baik dan selesa untuk digunakan.

Padang Futsal Jabatan Belia Negeri Selangor

Saari bersama En Helmizan di hadapan padang futsal Jabatan Belia Negeri Selangor yang telah diambil alih pengurusanya oleh MPAJ
MPAJ baru selesai membaiki kerosakkan yang ada dan selamat digunakan oleh penduduk setempat

 

Gelanggang Futsal AU1B Taman Keramat Permai

Saari bersama En Helmizan di padang futsal AU1B yang bakal dirasmikan pada 1 Januari 2011 oleh YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak
Gelanggang ini dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan hasil Negeri dapat disalurkan untuk dirasai oleh rakyat

Gelanggang Futsal AU1A Taman Keramat Permai

Saari menunjukkan padang futsal yang agak daif dan perlu dinaiktaraf untuk keselesaan dan keselamatan pengguna
Saari telah memaklumkan kepada Ahli Majlis MPAJ untuk menaiktaraf gelanggang futsal AU1A agar ianya selamat digunakan oleh penduduk setempat

Gelanggang Futsal AU4

Saari memerhatikan kerja membina lantai gelanggang futsal AU4 oleh kontraktor yang dilantik oleh Pejabat Daerah
Salah seorang pekerja kontraktor menunjukkan kepada Saari bahan yang digunakan untuk membuat lantai gelanggang futsal dengan menggunakan tiga bahan campuran

 

Gelanggang Futsal Kg Klang Gate

Saari bersama En Helmizan meninjau gelanggang futsal Kg Klang Gate yang masih lagi dalam kerja-kerja pembinaan

 

Gelanggang futsal Kg Klang Gate dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung bulan Januari 2012