MB Lancar Program Pencarian Keluarga Harmoni 2013

Pelabuhan Klang, 27 Oktober 2013 – Saari dan Aliza telah hadir ke majlis pelancaran Program Pencarian Keluarga Harmoni 2013 yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Hamid Tuah,┬áTelok Gong anjuran ┬áPertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).┬áProgram itu bertujuan bagi memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat supaya menghargai dan menjaga kebersihan, keindahan persekitaran rumah serta meningkatkan ilmu pengetahuan perusahaan bermula daripada rumah bagi menambah pendapatan keluarga.

Saari dan Aliza melawat pameran agensi kerajaan yang membuka pameran mereka di program tersebut
Saari dan Aliza melawat pameran agensi kerajaan sebelum bermulanya majlis
YDP PEKAWANIS, Puan Seri Salbiah Tunut menyampaian ucapan aluan majlis
Dipertua Pekawanis, Puan Sri Salbiah Tunut, berkata pertandingan ini memfokuskan kepada ciri-ciri nilai sejagat seperti jujur, amanah, ikhlas, saling hormat menghormati, berkasih sayang, bekerjasama, bertanggungjawab serta penghayatan jati diri yang tinggi sesama keluarga
Ucapan Perasmian oleh Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim
Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata program pembangunan keluarga adalah sangat diperlukan bagi menentukan kejayaan sesebuah masyarakat itu
Sebahagian penduduk yang hadir ke majlis perasmian tersebut
Sebahagian penduduk dan AJK PEKAWANIS yang hadir ke majlis perasmian tersebut
Dato’ Menteri Besar memotong reben tanda pelancaran program tersebut dengan diiringi Puan Seri Salbiah Tunut dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, En Ehsan Mukri
Dato' Menteri Besar melawat tapak semaian
Dato’ Menteri Besar melawat taman herba yang diusahakan penduduk
Saari dan Aliza melihat beberapa tanaman herba yang ditanam di perkarangan rumah
Saari dan Aliza melihat beberapa jenis tanaman herba yang diusahakan
Contoh taman herba yang diusahakan oleh penduduk
Antara landskap taman herba yang diusahakan penduduk
Saari menemani Dato' Menteri Besar menjamu selera selepas tamat majlis
Saari menemani Dato’ Menteri Besar menjamu selera selepas tamat majlis

Leave a Reply