Berbuka Puasa Sunat dan Menghadiri Kuliah Maghrib di Surau Al-Falahiyah Kg Pasir

Hulu Kelang, 30 Januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan majlis berbuka puasa sunat hari Isnin bersama penduduk Kg Pasir yang telah diadakan di Surau Al-Falahiyah Kg Pasir.

Saari bersama penduduk Kg Pasir berbuka puasa sunat hari Isnin
Saari bersalam mesra bersama ahli-ahli kariah selepas selesai solat Maghrib berjamaah
Kuliah Maghrib telah disampaikan oleh Ustaz Sha'rani mengenai tafsiran ayat Al-Quran berkaitan hukum Allah yang tidak boleh diganti dengan sebarang undang-undang atau hukuman selain daripada apa yang diperintahkan oleh Allah SWT
Saari bersama sebahagian ahli-ahli kariah khusyu' mendengar kuliah yang disampaikan
Menunaikan Solat Isya' berjamaah selepas selesai kuliah yang disampaikan
Saari bersalam mesra bersama Ustaz Sha'rani selepas selesai solat Isya' berjamaah

Leave a Reply