Hari Keluarga PPR Sg Sering Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik

Hulu Kelang, 10 Februari 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang bersama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 telah menganjurkan Program Hari Keluarga Penduduk PPR Sg Sering yang yang telah berlangsung di dataran PPR Sg Sering.

Saari beramah mesra bersama penduduk setibanya ke tempat majlis
Saari beramah mesra bersama penduduk setibanya ke tempat majlis
Saari, Aliz dan Pn Wan Hasrina merasa masakan peserta yang menyertai acara masakan kerabu
Saari, Aliza dan Ahli Majlis MPAJ Zon 4, Pn Wan Hasrina Wan Hassan merasa masakan peserta yang menyertai acara masakan kerabu
Melihat gubahan bunga peserta yang menyertai pertandingan
Melihat gubahan bunga peserta yang menyertai pertandingan
Beberapa pertandingan dengan pelbagai kategori telah dipertandingkan antaranya,gubahan bunga telor, pertandingan mewarna, pertandingan menghias songkit, hiasan tembikai, sepak takraw bulatan dan beberapa pertandingan lain
Beberapa pertandingan dengan pelbagai kategori telah dipertandingkan antaranya,gubahan bunga telor, pertandingan mewarna, pertandingan menghias songkit, gubahan tembikai, sepak takraw bulatan dan beberapa pertandingan lain
Saari menyampaikan ucapan perasmian mengucapkan tahniah atas penganjuran hari keluarga PPR Sg Sering walaupun dalam kesederhanaan tetapi cukup meriah dengan pelbagai aktiviti dalam memupuk ikatan silaturrahim sesama penduduk
Saari menyampaikan ucapan perasmian mengucapkan tahniah atas penganjuran hari keluarga PPR Sg Sering walaupun dalam kesederhanaan tetapi cukup meriah dengan pelbagai aktiviti bagi memupuk ikatan silaturrahim sesama penduduk
Aliza diiringi Wan Hasrina menyampaikan hadiah kepada pemenang beberapa pertandingan
Aliza diiringi Wan Hasrina menyampaikan hadiah kepada pemenang untuk beberapa kategori
Saari diiringi Timbalan JKP Zon 4, En Zulkifli Asnawi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan sepaktakraw bulatan
Saari diiringi Timbalan JKP MPAJ Zon 4, En Zulkifli Asnawi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan sepak takraw bulatan
Saari melihat salah seorang penduduk menerima khidmat kesihatan percuma anjuran PKM Hulu Kelang
Saari melihat salah seorang penduduk menerima khidmat pemeriksaan kesihatan percuma
Khidmat gunting rambut percuma turut diadakan
Khidmat gunting rambut percuma turut disediakan khas untuk kanak-kanak
Saari bersama Aliza dan Wan Hasrina melihat penduduk sedang menerima khidmat refleksologi percuma anjuran PKM Hulu Kelang
Saari bersama Aliza dan Wan Hasrina berbual bersama penduduk yang sedang menerima khidmat refleksologi percuma
Saari sempat mencuba bermain sepak takraw bulatan bersama remaja PPR Sg Sering sebelum meninggalkan majlis
Saari sempat bermain sepak takraw bulatan bersama remaja PPR Sg Sering sebelum meninggalkan majlis

Leave a Reply