Hulu Kelang, 28 Januari 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan Program ‘Jom Shopping Bersama YB’ anjuran Kerajaan Negeri buat kali keempat bagi DUN Hulu Kelang yang telah diadakan di Pasaraya Giant Batu Caves.

Saari bermesra bersama tetamu yang hadir sebelum majlis dimulakan

Saari menyampaikan ucapan hasrat Kerajaan Negeri memulangkan hasil negeri kepada rakyat dengan menganjurkan pelbagai program agar ianya dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama

Sebahagian daripada 71 perserta yang hadir mendengar ucapan yang disampaikan oleh Saari

Saari berbual mesra bersama sepasang warga emas yang mengikuti program Jom Shopping di Pasaraya Giant

Saari membantu salah seorang peserta melihat tanda harga barangan yang dibeli

Sebahagian peserta bergambar kenangan bersama Saari ketika berbaris di kaunter pembayaran

Salah seorang peserta mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana mengingati dan menghargai jasa orang-orang lama seperti mereka

 

 

Leave a Reply