Gambar Hiasan - Gambar menunjukkan kesesakan teruk yang berlaku dan kereta tidak dapat masuk ke Ukay Perdana pada waktu puncak

 

           Subject: Masalah Kesesakan Lalulintas di Jalan Ukay Perdana

Merujuk kepada perkara di atas, saya memohon jasa baik pihak tuan untuk memberi perhatian kepada masalah kesesakan lalulintas yang semakin kritikal di jalan Ukay Perdana bermula dari jam 06:30 am.

Setiap hari kami, penduduk di sekitar Ukay Perdana termasuk Bkt Antarabangsa terpaksa mengharung kesesakan trafik sejauh hampir 2 km setiap hari yang mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke persimpangan mrr2. Hampir setiap hari anak-anak dari Ukay Perdana akan lewat hadir ke sekolah disebabkan permasalahan ini.

Hasil dari pemerhatian kami, berikut adalah punca-punca utama yang menyumbang kepada permasalah kesesakan ini:-

1) Ketiadaan sekolah rendah dan sekolah menengah yang menyebabkan penduduk terpaksa menghantar anak-anak ke luar dari kawasan ini menjadikan kapasiti kenderaan diwaktu puncak meningkat.

2) Keadaan dan rekabentuk parit/ longkang yang telah dibina melintasi jalan utama yang bertujuan untuk mengatasi masalah banjir tidak lagi relevan dengan kapasiti kenderaan yang menggunakan jalan tersebut menyebabkan penutup besi sering tercabut dan longkang tersebut menjadi mendap sehingga kadang-kala membahayakan pengguna/ penghuni terutama bagi yang menggunakan motosikal.

3) Ketiadaan perhentian bas di hadapan pintu masuk ke flat Ridhuan turut menjadi punca kesesakan lalulintas kerana bas dan juga teksi terpaksa berhenti ditengah jalan untuk menurunkan penumpang. Malah jalan Ukay Perdana ini juga dibina tanpa bahu jalan, di mana jika berlaku kecemasan terhadap kenderaan, pemandu terpaksa menghentikan kenderaan ditengah jalan yang turut mengundang bahaya dan menyumbang kepada kesesakan lalulintas.

4) Kewujudan gerai-gerai di pintu masuk flat ridhuan turut menjadi salah satu penyebab kepada masalah kesesakan ini kerana pelanggan-pelanggan gerai tersebut akan meletakkan kenderaan di tepi jalan masuk ke Ukay Perdana yang sememangnya sempit. Walaupun perkara ini disedari oleh pihak penguatkuasa namun mereka yang meletakkan kenderaan tersebut tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Kami berharap pihak tuan mengambil serius dalam menangani permasalahan ini kerana mungkin ia masalah yang kecil bagi pihak tuan, namun bagi kami ini adalah masalah yang serius yang perlu ditangani segera oleh pihak yang berwajib melalui wakil yang telah kami lantik dengan proses pemilihan yang sah.

Sekian terima kasih

penduduk ukay perdana

 

Leave a Reply