Menyampaikan Ceramah Penerangan Rakyat di Lembah Keramat AU5D

Hulu Kelang, 9 November 2012 – Saari telah diundang untuk menyampaikan ceramah penerangan rakyat anjuran Pakatan Rakyat Gombak yang telah diadakan di padang AU5D Lembah Keramat.

YDP PAS Kawasan Gombak, Ust Salahuddin Nasir menyampaikan ceramah beliau mengajak rakyat berani membuat perubahan dengan menukar kerajaan zalim kepada kerajaan yang adil dan amanah selaras dengan perjuangan dan tuntutan Islam
YB Dr Mujahid Rawa menyampaikan ceramah beliau mengenai tarikh pilihanraya yang hanya akan dibubar apabila Umno-BN merasakan mereka selamat dan mamapu menang dan ianya tidak selaras dengan negara-negara maju
Saari menyampaikan ceramah beliau mengenai cara Umno-BN mengaut keuntungan dari poket rakyat dengan mencipta sistem yang mampu mengambil wang rakyat secara berhemah seperti saman AES, GST dll
Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail menyampaikan ceramah beliau mengenai hutang negara yang semakin meningkat dengan perbelanjaan boros pimpinan Umno-BN
Ustaz Ann Wang Seng menyampaikan ceramah beliau mengenai sifat masyarakat cina yang tidak mudah digula-gulakan membuatkan Umno-BN cemas dengan menimbulkan isu berbau perkauman
Sebahagian ratusan penduduk yang hadir mendengar ceramah yang dianjurkan walupun dalam keadaan hujan

Leave a Reply