Siarkaki Sekitar Surau Al-Falah AU4 Terima Sentuhan Geran Selangorku

Bahagian parking di hadapan Surau Al-Falah juga dinaik taraf

Surau Al-Falah di Taman Sri Keramat Tengah merupakan sebuah surau yang makmur dan aktif dengan pelbagai aktiviti. Bagi menghargai peranan surau, melalui permohonan yang diajukan oleh Saari, projek menaik taraf siar kaki di sekitar surau telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku.

Siar kaki yang menghubungkan laluan pejalan kaki ke surau menggunakan interlock

Projek ini diselaras oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan kontrak dianugerahkan kepada Bumi Rimbun Entreprise berjumlah RM83,226.80. Kerja-kerja merangkumi meratakan dan menggantikan siarkaki lama kepada jenis interlock.

Papantanda projek sebagai syarat wajib projek Geran Selangorku
Selain mencantikkan pandangan, siar kaki baru ini mengatasi masalah lecak selepas hujan

Leave a Reply