Menyampaikan Ceramah Penerangan Rakyat

Hulu Kelang, 30 September 2012 – Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Kelang telah menganjurkan majlis ceramah penerangan rakyat sempena Sambutan Jubli Perak MTD Hulu Kelang yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai AU3/1, Taman Keramat.

Saari menyampaikan ceramah mengulas mengenai bajet yang dibentangkan oleh PM yang berat sebelah dan tidak mengikut prinsip-prinsip Islam kerana ianya tidak adil untuk seluruh rakyat Malaysia
YDP PAS Kawasan Gombak, Ust Salehuddin Nasir menyampaikan ceramah beliau mengenai kabinet bayangan PR yang dipersoal boleh Umno-BN
YB Amiruddin Shari menyampaikan ceramah beliau mengenai kejayaan Kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat melalui pelbagai program meliputi semua bangsa dan agama
Dato' Arif Sabri menyampaikan ceramah menceritakan pengalaman beliau bekerja bersama Perdana Menteri yang hanya menjaga kepentingan peribadi dari menjaga kepentingan rakyat
YB Dr Hatta Ramli menyampaikan ceramah beliau mengenai ketakutan Umno-BN terhadap gabungan PAS, PKR dan DAP yang semakin utuh dan erat dalam memperjuangkan nasib rakyat bawahan

Leave a Reply