Menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat

Shah Alam, 28 September 2012 – Saari bersama Aliza telah hadir pada Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat sempena mengumpul dana Pilihanraya Umum ke-13 yang telah diadakan di Stadium Melawati.

Saari bersama Aliza, Ahli Majlis MPAJ Zon 1, En A Yazid Alias menjamu selera bersama hadirin
YB Dr Hatta Ramli selaku pengarah program menyampaikan ucapan aluan dan menerangkan tujuan diadakan majlis makan malam Pakatan Rakyat
Seramai 2,250 orang telah hadir menjayakan program makan malam yang melibatkan parti-parti politik dan NGO dari seluruh negara
Zunar melukis kartun secara live dan berjaya dilelong lukisanya dengan harga RM32,000.00
Gambar dan tongkat Tuan Guru Datuk Nik Aziz berjaya dilelong dengan harga RM12,000.00
Gambar santai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang serta terendak nelayannya dibeli dengan harga RM17,000.00
Surat cinta Anwar Ibrahim kepada Wan Azizah berjaya dilelong dengan harga RM50,000.00
Sebanyak RM182,000 berjaya dikumpul melaui lelongan barangan pimpinan PR antaranya gambar milik Datuk Fadzil Nor RM11,000, pen yang digunakan Lim Guan Eng ketika dalam penjara RM23,000 gambar asal graduasi Dr Syed Husin Ali RM15,000, teddy bear Exco Selangor, Teresa Kok RM10,000, dan poster filem Karpal Singh RM12,000
Pimpinan utama ketiga-tiga parti memasukkan sumbangan peribadi mereka ke Tabung DanaPilihanraya tanda pelancaran bagi mengutip dana PRU13 Pakatan Rakyat
Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan beliau mempersoalkan slogan 'Janji Ditepati' yang dicanang oleh BN yang hanya sekadar retorik semata-mata
Dato' Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan mengulas mengenai bajet yang dibentang oleh Perdana Menteri yang hanya untuk memancing undi dan tidak menyelesaikan masalah sebenar rakyat
Barisan pimpinan Pakatan Rakyat mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu 'UBAH' di akhir program

 

Leave a Reply