Category Archives: MARRIS

Infrastuktur Awam DUN Hulu Kelang Bakal Dinaik Taraf

Hulu Kelang, 21 Oktober 2014 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan mesyuarat bersama Ahli Majlis MPAJ, Nazir Masjid dan ketua-ketua kampung bagi membincangkan terhadap penambahbaikan infrastuktur awam di DUN Hulu Kelang.

Saari memengerusikan mesyuarat meminta pandangan dan cadangan dari ahli mesyuarat bagi menambah baik infrastuktur awam di DUN Hulu Kelang
Saari memengerusikan mesyuarat meminta pandangan dan cadangan dari ahli mesyuarat bagi menambah baik infrastuktur awam di DUN Hulu Kelang
Pelbagai cadangan telah diajukan melibatkan kawasan masjid, taman dan pusat bandar
Pelbagai cadangan telah diajukan melibatkan kawasan masjid, taman dan pusat bandar
Masyuarat turut membincangkan cadangan lokasi terhadap projek MARRIS di DUN Hulu Kelang
Masyuarat turut membincangkan cadangan lokasi terhadap projek MARRIS di DUN Hulu Kelang

Tapak Parkir Surau Al-Mustaqim Bakal Dinaik Taraf

Hulu Kelang, 21 Oktober 2014 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah meluluskan permohonan melalui peruntukan kecil Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang untuk menjadikan rezab jalan di sekitar Surau Al-Mustaqim, AU5C Lembah Keramat sebagai tapak parkir.

Pengerusi Surau Al-Mustaqim bersama Pegawai PKM Hulu Kelang dan pegawai MPAJ berbincang terhadap rezab jalan yang bakal dinaik taraf sebagai parkir surau
Pengerusi Surau Al-Mustaqim bersama Pegawai PKM Hulu Kelang dan pegawai MPAJ berbincang terhadap rezab jalan yang bakal dinaik taraf sebagai parkir surau
Menurut pegawai kejuruteraan MPAJ, beberapa syarat perlu dipatuhi bagi mendapat kelulusan dari MPAJ
Menurut pegawai kejuruteraan MPAJ, beberapa syarat perlu dipatuhi dan kerja penurapan dijangkan akan dilakukan pada awal November ini

Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Kampung Dan Ahli Majlis di DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 16 Oktober 2014 – Saari telah mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua kampung di DUN Hulu Kelang dan Ahli Majlis MPAJ Zon 1,2,3 dan 4 untuk berbincang dan memberi tumpuan utama bagi menyelesaikan isu tertangguh/tertunda yang melibatkan PBT Negeri Selangor.

Saari meminta pandangan dan cadangan dari Ketua-ketua kampung dan ahli majlis terhadap perancangan yang tertangguh dan perlu disegerakan un tuk tindakan PBT
Saari meminta pandangan dan cadangan dari Ketua-ketua kampung dan ahli majlis terhadap perancangan yang tertangguh dan perlu disegerakan untuk tindakan PBT
Lebih dari 10 cadangan telah dikemukana pada mesyuarat tersebut
Lebih dari 10 cadangan telah dikemukana pada mesyuarat tersebut
Mesyuarat telah bersetuju memilih 3 perkata terpenting untuk segera diangkat kepada Pejabat Dato' Menteri besar untuk tindakan segera
Mesyuarat telah bersetuju memilih 3 perkata terpenting untuk diangkat kepada Pejabat Dato’ Menteri besar bagi tindakan segera

Kerja Menurap Semula Jalan UP5 Selesai

Hulu Kelang, 22 Disember 2013 – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menurap semua jalan di UP5, Ukay Perdana atas aduan yang diterima oleh Ahli Majlis MPAJ Zon 4 melalui penduduk setempat.

Kerja menurap semuala jalan dari Jalan UP5/1 hingga UP5/5
Kerja menurap semuala jalan melibatkan Jalan UP5/1 hingga UP5/5
Penurapan semula jalan telah dijalankan oleh Kontraktor yang dilantik oleh MPAJ
Penurapan semula jalan telah dijalankan oleh Kontraktor yang dilantik oleh MPAJ

Laporan Projek MARRIS 2012 Fasa 2

Peruntukan  MARRIS bagi tahun 2012 untuk DUN Hulu Kelang sebanyak RM2juta telah diturunkan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebagai agensi pelaksana. MARRIS atau singkatan kepada Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia merupakan peruntukan tahunan untuk kerja-kerja pembaikpulih jalan dan longkang.

Untuk Fasa 1, sebanyak RM 1,458,205 dibelanja bagi melaksanakan 4 projek turap semula sebahagian jalan-jalan di Taman Seri Keramat Tengah AU4, Taman Permata, Taman Melawati dan Jalan AU2B.

Manakala Fasa 2 melibatkan perbelanjaan sebanyak RM415,972 menurap semula kawasan komersial Jalan Au1A/4D Keramat Permai dan Jalan Kasawari, Hulu Kelang.

1) KERJA MENURAP JALAN KASAWARI HULU KELANG

Persimpangan Jalan Kasawari dan Desa Haras
  1. Perbelanjaan Projek : RM145,972
  2. Panjang Jalan : 770 m
  3. Kontraktor : Akhlah Enterprise
Projek dilaksanakan oleh Akhlah Enterprise
Jalan Kasawari di hadapan Sekolah Arab Saudi

2) KERJA MENURAP SEMULA KAWASAN KOMERSIAL TAMAN KERAMAT PERMAI JALAN AU1A/4D

  1. Perbelanjaan Projek : RM270,000
  2. Panjang Jalan : 880m
  3. Kontraktor : Kejuruteraan Letrik Safi Al Nur
Jalan AU1A bermula dari persimpangan Setiawangsa
Kawasan komersil Jalan AU1A/4D Keramat Permai

Sumber : Jabatan Kejuruteraan MPAJ

Laporan Projek MARRIS 2012 Fasa 1

Peruntukan  MARRIS bagi tahun 2012 untuk DUN Hulu Kelang sebanyak RM2juta telah diturunkan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebagai agensi pelaksana. MARRIS atau singkatan kepada Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia merupakan peruntukan tahunan untuk kerja-kerja pembaikpulih jalan dan longkang.

Untuk Fasa 1, sebanyak RM 1,458,205 dibelanja bagi melaksanakan 4 projek turap semula sebahagian jalan-jalan di Taman Seri Keramat Tengah AU4, Taman Permata, Taman Melawati dan Jalan AU2B.

1) KERJA MENURAP SEMULA SEBAHAGIAN JALAN DI TAMAN SERI KERAMAT TENGAH AU4

  1. Perbelanjaan Projek : RM497,975
  2. Panjang Jalan : 2,070m
  3. Kontraktor : Aremes (M) Sdn Bhd

2) KERJA MENURAP SEMULA SEBAHAGIAN JALAN-JALAN DI TAMAN PERMATA

  1. Perbelanjaan Projek : RM600,135
  2. Panjang Jalan : 2,775m
  3. Kontraktor : Impian Decor Sdn Bhd

 

3) KERJA MENURAP SEBAHAGIAN JALAN TAMAN MELAWATI

  1. Perbelanjaan Projek : RM217,045
  2. Panjang Jalan : 1,300 m
  3. Kontraktor : Harza Engineering & Construction
  4. Catatan : Menurap mulai lampu isyarat di hadapan TNB sehingga bulatan Hillside. Satu hala

 

4) KERJA MENURAP SEBAHAGIAN JALAN AU2B TAMAN KERAMAT

  1. Perbelanjaan Projek : rm143,050
  2. Panjang Jalan : 850 m
  3. Kontraktor : Ebonic Enterprise
  4. Catatan : Menurap mulai persimpangan Jalan AU2B-Jaln AU2A sehingga sempadan Wilayah Persekutuan-Selangor di Jalan AU2B

 

*Sumber : Jabatan Kejuruteraan MPAJ

Senarai Projek Penurapan Jalan Melalui Peruntukan MARRIS 2012 dan Geran SelangorKu

Hulu Kelang, 13 Jun 2012 – Berikut dilampirkan senarai projek penurapan jalan sekitar Hulu Kelang yang telah diluluskan melalui peruntukan MARRIS 2012 dan Geran SelangoKu.

Surat dari MPAJ menyatakan senarai projek-projek melalui peruntukan MARRIS 2012 dan peruntukan Geran SelangorKu
Bagi peruntukan MARRIS 2012, pihak MPAJ masih dalam perlaksanaan perolehan sebutharga/tender dan kerja-kerja dijangka akan dilaksanakan pad 15 Jun 2012 dan dijangka siap sepenuhnya sebelum ogos 2012
Laporan pretasi perbelanjaan dan pelaksanaan projek MARRIS sehingga 31 Mei 2012
Peruntukkan MARRIS 2012 bagi kerja menurap semula jalan-jalan di Taman Sri Keramat Tengah AU4
Peruntukkan MARRIS 2012 bagi kerja menurap semula jalan serta kerja berkaitan di Perumahan Taman Permata
Peruntukkan MARRIS 2012 bagi kerja menurap semula jalan serta kerja berkaitan di Jalan Taman Melawati
Peruntukkan MARRIS bagi kerja menurap semula jalan serta kerja yang berkaitan di Jalan AU2B Taman Keramat
Senarai 6 projek penurapan jalan melalui Geran SelangorKu di DUN Hulu Kelang. sebuah projek sudah siap, manakala 2 projek dalam proses dan 3 projek masih belum bermula

4 Projek MARRIS 2012 Hulu Kelang

21 Mei 2012 – Sebanyak 4 buah projek penurapan jalan telah diluluskan oleh YB Saari bagi peruntukan MARRIS 2012. Tidak seperti tahun lalu, peruntukan tahun 2012 bertambah sebanyak 2 juta. Lokasi-lokasi yang dikenalpasti untuk diturap semula ialah

  • Perumahan Taman Permata
  •  Jalan utama Taman Melawati
  •  Perumahan Taman Seri Keramat AU4
  • Kawasan komersil di Taman Keramat Permai Jalan AU1A/4D.

Kesemua projek-projek ini dikendalikan oleh MPAJ. Proses iklan tender dan sebut harga sedang dilaksanakan sehingga 24 Mei 2012. Sila lawati laman web www.mpaj.gov.my untuk maklumat lanjut.

Sekiranya berlaku penjimatan peruntukan, YB Saari selaku ADUN boleh mencadangkan lokasi lain untuk dilaksanakan projek penurapan jalan.

Jalan Utama Taman Permata Kini Berwajah Baru Melalui Peruntukan MARRIS

Hulu Kelang, 7 Mei 2012 – Melalui peruntukan RM2 juta kepada setiap DUN oleh Kerajaan Negeri Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyenaraikan beberapa jalan untuk diambil tindakan oleh MPAJ dengan melantik pihak kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja penurapan jalan. Pada ketika ini pihak kontraktor sudah menyiapkan penurapan sepanjang jalan utama Taman Permata dan penurapan jalan lain masih dalam proses penurapan.

Kerja penurapan jalan bermula dari lampu isyarat Taman Permata menuju ke AU4
Kaedah penurapan yang betul adalah dengan pihak kontraktor menurap tepi jalan sehingga ke pintu pagar masuk di setiap rumah
Penurapan jalan sehingga Petronas AU4
Jalan yang berwajah baru melalui peruntukan MARRIS memberi keselesaan kepada pengguna yang melalui jalan tersebut

 

Menurap Semula Jalan Rosak Melalui Baki Peruntukan MARRIS 2011

Hulu Kelang, 24 Januari 2012 – Melalui baki peruntukan RM1 juta kepada setiap DUN oleh Kerajaan Negeri Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah menyenaraikan beberapa jalan untuk diambil tindakan oleh MPAJ melalui baki kewangan yang telah diperuntukan bagi menurap dan membaiki jalan-jalan di sekitar DUN Hulu Kelang.

AU5C Lembah Keramat

Saari bersama Hj Abdullah Baba, Pengerusi Surau Al-Mustaqim meninjau jalan di sekitar surau yang telah selesai diturap
Jalan-jalan di AU5C/8, 9, 10, 11 dan 12 telah disenaraikan untuk diturap semula melalui baki peruntukan daripada MARRIS 2011

Jalan Enggang

Di bawah peruntukan MARRIS 2011, Saari telah meluluskan bagi menurap semula jalan Enggang bermula dari bulatan AU2 sehingga Rumah Pangsa Taman Keramat
YB Azmin Ali telah meluluskan menurap semula Jalan Enggang di bawah baki peruntukan MARRIS 2011 bermula dari Rumah pangsa Taman Keramat sehingga penghujung jalan Enggang