Category Archives: Geran Selangorku

Tapak Parkir Surau Al-Mustaqim Bakal Dinaik Taraf

Hulu Kelang, 21 Oktober 2014 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah meluluskan permohonan melalui peruntukan kecil Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang untuk menjadikan rezab jalan di sekitar Surau Al-Mustaqim, AU5C Lembah Keramat sebagai tapak parkir.

Pengerusi Surau Al-Mustaqim bersama Pegawai PKM Hulu Kelang dan pegawai MPAJ berbincang terhadap rezab jalan yang bakal dinaik taraf sebagai parkir surau
Pengerusi Surau Al-Mustaqim bersama Pegawai PKM Hulu Kelang dan pegawai MPAJ berbincang terhadap rezab jalan yang bakal dinaik taraf sebagai parkir surau
Menurut pegawai kejuruteraan MPAJ, beberapa syarat perlu dipatuhi bagi mendapat kelulusan dari MPAJ
Menurut pegawai kejuruteraan MPAJ, beberapa syarat perlu dipatuhi dan kerja penurapan dijangkan akan dilakukan pada awal November ini

Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Kampung Dan Ahli Majlis di DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 16 Oktober 2014 – Saari telah mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua kampung di DUN Hulu Kelang dan Ahli Majlis MPAJ Zon 1,2,3 dan 4 untuk berbincang dan memberi tumpuan utama bagi menyelesaikan isu tertangguh/tertunda yang melibatkan PBT Negeri Selangor.

Saari meminta pandangan dan cadangan dari Ketua-ketua kampung dan ahli majlis terhadap perancangan yang tertangguh dan perlu disegerakan un tuk tindakan PBT
Saari meminta pandangan dan cadangan dari Ketua-ketua kampung dan ahli majlis terhadap perancangan yang tertangguh dan perlu disegerakan untuk tindakan PBT
Lebih dari 10 cadangan telah dikemukana pada mesyuarat tersebut
Lebih dari 10 cadangan telah dikemukana pada mesyuarat tersebut
Mesyuarat telah bersetuju memilih 3 perkata terpenting untuk segera diangkat kepada Pejabat Dato' Menteri besar untuk tindakan segera
Mesyuarat telah bersetuju memilih 3 perkata terpenting untuk diangkat kepada Pejabat Dato’ Menteri besar bagi tindakan segera

Kerja Menurap Semula Jalan UP5 Selesai

Hulu Kelang, 22 Disember 2013 – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menurap semua jalan di UP5, Ukay Perdana atas aduan yang diterima oleh Ahli Majlis MPAJ Zon 4 melalui penduduk setempat.

Kerja menurap semuala jalan dari Jalan UP5/1 hingga UP5/5
Kerja menurap semuala jalan melibatkan Jalan UP5/1 hingga UP5/5
Penurapan semula jalan telah dijalankan oleh Kontraktor yang dilantik oleh MPAJ
Penurapan semula jalan telah dijalankan oleh Kontraktor yang dilantik oleh MPAJ

Meninjau Hasil Kerja Menaik Taraf Surau Taman Permata Melalui Geran SelangorKu

Hulu Kelang, 14 Jun 2013 – Saari telah meninjau hasil kerja menaik taraf Surau melalui Geran SelangorKu di Surau Taman Permata.

Saari ditunjukkan oleh AJK Surau hasil kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor
Saari ditunjukkan oleh AJK Surau hasil kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor
Beberapa perkara perlu dibaiki oleh pihak kontraktor antaranya jubin yang tertanggal perlu dibaiki
Beberapa perkara perlu dibaiki oleh pihak kontraktor antaranya jubin yang tertanggal dan atap bocor hasil dari kerja membaik pulih mereka
Saari melihat garisan tempat letak kereta yang kecil dari saiz sebenarnya yang membuatkan pemandu meletakkan kenderaan mereka tidak mengikut petak
Saari melihat ruang tempat letak kereta yang kecil dari saiz sebenarnya yang membuatkan pemandu tidak meletakkan kenderaan mereka mengikut ruang yang disediakan
Beberapa perkara telah dipersetujui dalam menambah baik perkhidmatan melalui Geran SelangorKu
Beberapa perkara telah dipersetujui dalam menambah baik perkhidmatan Kerajaan Negeri Geran SelangorKu

Selepas 15 Tahun Jalan Kg Fajar Kini Berwajah Baru

Hulu Kelang, 3 Mac РSaari telah berkesempatan meninjau jalan Kg Fajar yang baru diturap melalui Geran Selangorku sumbangan Kerajaan Negeri di bawah Projek Pembangunan Infrastuktur Daerah Gombak Tahun 2012.

Saari menunjukkan isyarat 'bagus' terhadap penurapan semula jalan di Kg Fajar
Saari menunjukkan isyarat ‘bagus’ terhadap kualiti kerja penurapan jalan di Kg Fajar\
Kerja penuarapan jalan dimulakan dari simpang masuk Kg fajar melalui MRRII
Kerja penuarapan jalan dimulakan dari simpang masuk Kg fajar melalui MRRII
Kerja-kerja penurapan jalan meliputi semua jalan di Kg Fajar sehingga jalan belakang bersebelahan bengkel kereta
Kerja-kerja penurapan jalan meliputi semua jalan di Kg Fajar sehingga jalan belakang bersebelahan bengkel kereta
Kerja-kerja penurapan jalan melalui Geran Selangorku Kerajaan Negeri Selangor
Saari menunjukkan papan tanda terhadap projek penurapan jalan Kg Fajar

Meninjau Dewan JKKK Kuala Ampang Yang Dibaik Pulih

Hulu Kelang, 6 Januari 2013 – Saari berkesempatan meninjau Dewan JKKK Kuala Ampang yang kini dalam proses membaik pulih dewan tersebut yang uzur melalui Geran SelangorKu Kerajaan Negeri Selangor.

Saari mendengar penerangan daripada Pengerusi JKKK Kuala Ampang, En Lim Ying terhadap ubah suai yang sedang dijalankan terhadap dewan kampung mereka
Bilik mesyuarat yang luas dan selesa
ruang tamu dan bilik istirahat
JKKK Kuala Ampang berpuas hati terhadap kerja membaik pulih yang dilakukan oleh pihak kontraktor dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memperuntukan dana melalui Geran Selangorku untuk membaik pulih dewan kampung mereka

MPAJ dan Pejabat Daerah Selaras Penyerahan Gelanggang Futsal H1

Pasukan Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah Gombak bersama jabatan-jabatan MPAJ

TAMAN MELAWATI, 20 Disember 2012 – Satu lawatan tapak telah dianjurkan bersama Pejabat Tanah Daerah Gombak(PTDG) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi meneliti gelanggang futsal dan dataran anak muda yang baru selesai disiapkan di Jalan H1 Taman Melawati.

Gelanggang yang dibangunkan melalui peruntukan geran SelangorKu disiapkan sepenuhnya pada November 2012, lengkap dengan kemudahan elektrik. Proses penyerahan gelanggang dan dokumen berkaitan akan diselaraskan bersama antara PTDG dan MPAJ.

Antara wakil PTDG dan MPAJ yang hadir

 

Projek Geran Selangorku di Kg. Kemensah

Jalan Bunga Ros dan Dewan JKKK

Projek infrastruktur kerja-kerja menurap dan membaiki jalan-jalan di Kampung Kemensah yang dilaksanakan melalui Geran Selangorku telah selesai. Kontraktor yang terlibat ialah Semantan Jati Enterprise dengan kos projek RM228,100 dan siap pada 5 September 2012. Projek dikawalselia oleh Pejabat Tanah Daerah Gombak.

Jalan utama Kg Kemensah
Jambatan Kg Kemensah

Siarkaki Sekitar Surau Al-Falah AU4 Terima Sentuhan Geran Selangorku

Bahagian parking di hadapan Surau Al-Falah juga dinaik taraf

Surau Al-Falah di Taman Sri Keramat Tengah merupakan sebuah surau yang makmur dan aktif dengan pelbagai aktiviti. Bagi menghargai peranan surau, melalui permohonan yang diajukan oleh Saari, projek menaik taraf siar kaki di sekitar surau telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku.

Siar kaki yang menghubungkan laluan pejalan kaki ke surau menggunakan interlock

Projek ini diselaras oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan kontrak dianugerahkan kepada Bumi Rimbun Entreprise berjumlah RM83,226.80. Kerja-kerja merangkumi meratakan dan menggantikan siarkaki lama kepada jenis interlock.

Papantanda projek sebagai syarat wajib projek Geran Selangorku
Selain mencantikkan pandangan, siar kaki baru ini mengatasi masalah lecak selepas hujan