Category Archives: Orang Asli

Dialog Bersama Peneroka Kampung Kemensah

Hulu Kelang, 29 Januari 2014 – Saari telah mengadakan dialog bersama peneroka Kampung Kemensah bagi mendengar pemasalahan yang berlaku terhadap 40 peneroka apabila tanah yang mereka usahankan lebih 30 tahun telah di wartakan menjadi hutan simpan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Saari mendengar penerangan daripada wakil peneroka, En Zahir terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka apabila KErajaan Negeri telah mewartakan kawasan mereka sebagai hutan simpan
Saari mendengar penerangan daripada wakil peneroka, En Zahir terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka apabila KErajaan Negeri telah mewartakan kawasan mereka sebagai hutan simpan
Pegawai Juru Ukur Tanah, En Razman menerangkan kepada peneroka terhadap akta dan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dan peluang untuk mereka bekerjasama bersama Jabatan Perhutanan
Pegawai Juru Ukur Tanah, En Razman menerangkan kepada peneroka dan Saari terhadap beberapa akta dan peraturan yang perlu dipatuhi dan peluang untuk peneroka bekerjasama bersama Jabatan Perhutanan untuk kemaslahatan bersama
Saari melihat dokumen berkaitan kawasan peneroka
Saari melihat dokumen berkaitan kawasan peneroka
Sebahagian peneroka yang hadir pada majlis tersebut
Sebahagian peneroka yang hadir pada majlis tersebut
Hampir 40 orang keluarga telah menerokai kawasan tersebut lebih dari 30 tahun
Sebahagian dari 40 orang keluarga telah menerokai kawasan tersebut lebih dari 30 tahun

Bersama Masyarakat Orang Asal Di Program Minum Petang Dan Penyampaian Sumbangan Asas Makanan

Hulu Kelang, 13 Oktober 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Semat Al-Quran dan JKKK Kg Kemensah telah mengadakan Program Minum Petang dan Penyampaian Sumbangan Bersama Penduduk Orang Asli Kg Kemensah yang telah diadakan di dataran orang asal, Kg Kemensah Hulu.

Pengerusi JKKK Kg Kemensah, En Abd Aziz Abd Wahab menyampaikan ucapan aluan majlis
En Abd Rahman Shah Abdullah, Pengerusi Penyelaras Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor Daerah Gombak dan Petaling menyampaikan ucapan hasrat Kerajaan Negeri dalam membantu terhadap pembangunan di perkampungan orang asal
Saari menyampaikan ucapan mengajak penduduk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan mana-mana NGO dalam membantu menaiktaraf perkhidmatan demi kepentingan penduduk setempat
Saari menyampaikan bantuan asas makanan kepada salah seorang penduduk
Kesemua 36 keluarga orang asal telah menerima bantuan yang disampaikan
Sumbangan asas makanan telah ditaja oleh Semat Al-Quran
Saari menyantuni penduduk orang asal yang beratur menganbil makanan
Saari dan Aliza mengambil kesempatan menerangkan kepada En Jamil, penduduk orang asal Kg Kemensah yang baru menerima kelahiran anak kembar lelaki mengenai caruman Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), skim tawaran Kerajaan Negeri terhadap bayi yang lahir di negeri Selangor
Tok Batin Ibak menunjukkan kepada Saari dan En Abdul Rahman terhadap ketiadaan bekalan elektrik di perkampungan orang asal setelah menunggu sekian lama terhadap penyambungan bekalan elektrik ke perkampungan mereka
Saari bersalaman bersama penduduk orang asal sebelum meninggalkan majlis

Projek Penyambungan Bekalan Elektrik Kampung Orang Asli Kemensah Sedang Dijalankan

Penyambungan kabel bawah tanah belum siap sepenuhnya

KG KEMENSAH, 9 Oktober 2012 – Susulan daripada maklum balas yang diterima daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dan Exco, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang telah melakukan tinjauan ke perkampungan orang asli Kemensah Hulu bagi mendapatkan gambaran projek penyambungan elektrik yang sedang dilaksanakan oleh JKOA.

Hasil tinjaun mendapati penyambungan kabel elektrik bawah tanah belum siap sepenuhnya. Walau bagaimanapun tiang elektrik dan kabel di dalam kampung sudang siap, hanya menanti disambungkan ke kotak TNB yang baru dibina di dalam kampung.

Kabel belum dapat disambungkan
Tiang-tiang utama sudah dipasang

Menyampaikan Sumbangan di Perkampungan Orang Asli Kemensah

Hulu Kelang, 29 Januari 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan pakaian kepada penduduk di perkampungan orang asli, Kg Kemensah.

Saari beramah mesra bersama anak-anak Orang Asli setibanya di perkampungan mereka
Saari berbincang sesuatu bersama penduduk
Pn Norhayati, Penyelia Pusat Komuniti Wanita (PKW) Hulu Kelang menyampaikan ucapan tujuan dan hasrat rombongan mereka hadir di perkampungan mereka adalah ingin menyampaikan sumbangan pakaian sambil beramah mesra
Saari memakaikan baju yang disumbangkan kepada salah seorang kanak-kanak Orang Asli
Rombongan PKM Hulu Kelang bergambar kenangan bersama masyarakat Orang Asli dan barangan pakaian yang disumbangkan
Jamuan makan turut disediakan kepada semua penduduk
Saari beramah mesra bersama penduduk sambil mereka menikmati hidangan yang telah disediakan